Jana Pendapatan Lumayan Dengan KOPI BADANG Tulen

Assalamualaikum. Korang addicted dengan minum kopi tak? Suka kopi dari kedai mamak atau kopi paket 3 in 1? Mesti ramai yang addicted kopi kan. Biasa, orang minum kopi untuk tahan mata dari mengantuk. Betul ke? Terlalu banyak minum kopi, akan menjejaskan kesihatan seperti sakit kepala, pening-pening kan.

MamaEma pun suka minum kopi. Tapi MamaEma suka minum kopi warna hitam, tak minum air warna keruh. Warna keruh yang mana semua air manis dicampur susu tu. Di rumah, nak buat air manis, mesti dengan gula. Apa-apa air manis sekali pun. Bagi yang lama kenal dengan MamaEma, memang akan tahu yang MamaEma jenis tak minum air dicampur susu. Dekat about me dalam blog pun dah lama tulis. Yea, MamaEma tak suka langsung air dicampur susu. Lepas minum rasa nak muntah sebab airnya akan melekat kat dalam tekak. Bila pergi rumah orang yang hidang air campur susu ni, terpaksa juga minum..takkan nak tolak kan… terasa hati orang..jadi lepas minum terpaksa MamaEma hilangkan dengan minum air kosong pula.

Baru-baru ini, MamaEma berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran dan Pelantikan Duta Kopi Badang. Awal-awal memang MamaEma tak tahu apa jenis Kopi Badang ni. Serbuk ke? Uncang ke? Dan bila tiba di sana, ada dihidangkan air Kopi Badang. MamaEma dah rasa cuak. “Boleh ke aku minum air keruh ni… kan aku tak minum tak tahu pula rasanya”.  Tawakal sajalah.

Bismillahirahmanirahim…seteguk….dua teguk…tiga teguk..habis. Eh, sedapnya air kopi ni. Okey, kasi tambah lagi. Memang sedap, tak rasa likat air kopi kat tekak.

Zamarul Hisham, Duta Kopi Badang.

Pada majlis berkenaan, diperkenalkan Duta Kopi Badang iaitu Zamarul Hisham. Wah, tahniah Abang Zamarul Hisham. Nampak segak sangat. Penangan Kopi Badang ke? Selain Zamarul Hisham, ada juga kelihatan rakan-rakan artis yang turut bersama memeriahkan majlis ini seperti Zur Eda, Mus May, Acong Swee Child, Nizam Laksamana, Maya Bunga-Bunga Matahari, Along Exist, Adam Corie, Keena Mentor dan lain-lain.  Bersesuaian dengan pelantikan Zamarul Hisham sebagai duta Kopi Badang kerana beliau seorang yang memang ketagihan minum kopi. Pernah alami kesihatan yang tidak baik kerana minum kopi, beliau dinasihatkan doktor untuk berhenti. Bagaimanapun orang yang memang ketagihan, agak susah untuk berhenti secara mengejut. Apabila beliau diperkenalkan dengan Kopi Badang, beliau sendiri telah mencubanya dan diakui yang Kopi Badang adalah yang terbaik. Selepas minum secawan, nak bercawan-cawan tanpa merisaukan dan tidak menjejaskan kesihatan beliau.

Duta Kopi Badang

KOPI BADANG 3 in 1

Kopi badang 3 in 1 keluaran Al Mubarak Health Sdn Bhd adalah kopi segera pra campuran 3 dalam 1 tulen tanpa sebarang bahan campuran tiruan seperti perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet tiruan dan kopi tiruan. 100% kopi tulen kopi Robusta dari Columbia. Kopi ini dapat menghilangkan rasa letih dan lesu. Sesuai sekali untuk dinikmati bagi perjalanan tidak kira jauh atau dekat. Secawan kopi menemani sepanjang perjalanan sebagai bekalan untuk mengelakkan daripada mengantuk, letih, lesu dan lapar. Sememangnya dah jadi peneman MamaEma dan Mr Ery semasa perjalanan balik ke Kelantan. Selepas majlis tempoh hari, MamaEma bergegas gerak balik ke Kelantan. Badan penat dan lesu, gara-gara tak rehat MamaEma minum air kopi badang untuk kembali kesegaran. Baru ada tenaga nak cuci rumah.. Haih, Kopi Badang pun dah rasmi rumah untuk disewakan ini..

Jana Pendapatan dengan Kopi Badang

Sekarang, Kopi Badang menawarkan insentif-insentif menarik kepada stokis dan pengguna. Stokis yang mencapai jualan yang ditetapkan di dalam masa tujuh bulan, layak mendapat sebuah kereta samada Toyota Velfire atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axia atau proton Saga. Lumayan kan. Pengguna pun tidak ketinggalan. Pengguna pula berpeluang  untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Perodua Axia, Motosikal, Iphone 7, Ipad dan Televisyen LED dengan membeli sekurang-kurang 12 kotak Kopi Badang. Wah, hebat-hebat hadiahnya. Jom sertai. MamaEma dah ada sekotak.. lagi 11 kotak jerr. Bagi yang berminat boleh hubungi :

Premier Victory Enterprise   07-2326124
Hisham  Nordin 019 779 2211
Kamarul  Arief  018 388 5985

Facebook Official : Kopi Badang Official 
atau hubungi
Huda Hana Media Communications
012-3031005 (Huda)

Dah time lunch hour, jom lunch bersama Kopi Badang. Sebelum itu, apakata layan Video ni dulu..

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. sueizza says:

    sedapppp tak sakit kepala ,kencing pun tak bau kopi ehh hahaha…

  2. sedap kopi ni..memang segar biji mata

  3. azni says:

    lama dah stop kopi 3 in 1. tapi terasa nak cuba jugak nnt
    azni recently posted…Kelas belajar buat blog dengan wordpress dan SEOMy Profile

  4. […] esoknya..bergerak balik semula ke KL. Nasib baik ada minuman tenaga yang baru dilancarkan ini iaitu KOPI BADANG menemani sepanjang perjalanan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge