Teka Buah Apakah Ini?

Buah apa ni? Korang tahu tak ini buah apa.. Kalau di kampung, buah ini boleh dijadikan sumber pendapatan. Inilah buah asam gelugur atau asam keping..Biasa tengok asam keping yang dah siap proseskan.. Kalau mak mertua tak bagitahu ini buah asam keping, sampai sekarang tak kenal…hahahaha…bertuah punya menantu..

Proses Membuat Asam Gelugur atau Asam Keping

  1. Pilih buah asam gelugur yang besar dan matang.
  2. Basuh buah asam gelugur hingga bersih. Toskan.
  3. Setelah kering, hiris buah asam gelugur nipis-nipis untuk cepat kering semasa berjemur.
  4. Jemur di bawah cahaya matahari.
  5. Kering, simpan di dalam botol.
Asam keping yang dah dikeringkan
Percaya tak bahawa asam keping ini adalah antara bahan perasa masakkan paling lama memberikan rasa masam kepada masakan dan boleh disimpan lama. Kebiasaannya apakah masakan yang selalu dimasukkan asam keping?

 

Khasiat Asam Gelugur atau Asam Keping

Benda yang masam ini sebenar mempunyai banyak khasiat. Antaranya:

  1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
  2. Mengubati penyakit kencing manis.
  3. Mengatasi berat badan yang berlebihan.
  4. Mencegah penyakit jantung.
  5. Sebagai ubat cacing.
  6. Mengurangi kolesterol jahat.
  7. Kulit awet muda.
  8. Anti Penuaan
  9. Menghaluskan kulit
  10. Melancarkan pencernaan.

 

About emarieys

Ema has written 1088 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

12 Comments

  1. Baru nak jawab macam ni…
    “Buah asam Gelugor cikgu”
    Sekali baca dekat blog, tengok dah ada jawapan..
    Dah lama tak tengok buah yg sebenar.. walaupun dkt kampung saya ada buah tu… sekarang tengok yg kering jer dkt dapur..
    anuar recently posted…Kod Kupon Syawal Untuk Seminar Google AdwordsMy Profile

  2. Betul tu MamaEma, kalau orang tua tak perkenalkan buah asam keping ni kepada kita tentu sampai sekarang lauk ikan singgan kita tak cukup menjadi. Kami panggil buah ini sebagai asam gelugor.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna AmeerMy Profile

  3. Nak tau tak..pengalaman SA masa umur 6 tahun dulu…arwah atuk ada dusun kat dalam hutan, SA dan adik badik sepupu ikutlah dia ke dusun..sekali ternampak bawah sebatang pokok banyak buah ni kaler kuning dan oren..berlari2 SA pi kat buah ni…amik sebiji tak tunggu apa lap ngan baju terus ngapppp….ya allah masam tak hengat…..giler….baru la tau ni buah asam gelugor…
    Suria Amanda recently posted…Nescafe Smoovlatte Pilihan SA!!My Profile

  4. Asam keping = benda paling wajib ada kat dapur hehe..

    Selalu masak singgang/masa lomak cili api mmg letak :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge