Keropok Keping Sedap Makan Mentah Saja

Penangan Keropok Ikan Tambang Asli Mak Jarah.

Adik datang baru-baru ini, MamaEma kirim lah keropok keping. Asalnya nak minta bawa mari sekampit beras, tapi kesian pula nak angkut naik flight. Dahlah datang sorang. Jawabnya, kena tunggu MamaEma balik sendirilah ni. Biasanya, MamaEma kalau beli keropok keping, mamabeli beli keropok keping cap piala. Kali ini, adik bawa cap Mak Jarah. Tak pernah lagi rasa. Tapi bila dah rasa tu, sedapnya…makan mentah pun sedap sangat. krup krap krup krap.

 

 

Keropok Tak Gatal Lidah

Yang penting makan keropok keping mak jarah ni, lidah tak gatal. Hari pergi ambil keropok keping dengan adik  ni, MamaEma tersangkut jem teruk sangat. Nak balik rumah pun hampir 4 jam. Selepas jumpa adik jam 5.30 ptg..jam 9.00 mlm masih atas jalan. Malam tu memang stress gila..Menjerit sesorang dalam kereta. Dengan perut lapar lagi. Dengan anak kat rumah dah nangis-nangis. Tak tahan sangat lapar, MamaEma buka plastik dan ratah keropok.  Hampir separuh juga habis sebelum sempat goreng. hehehehe.

 

 

Balik Kelantan nanti, MamaEma harus cari keropok keping mak jarah lagi. Alamat pun ada tertera kat kertas kuning tu. Tak jumpa, mesti ada di pasar-pasar atau market. Dah lama tak balik Kelantan. Tak sabar dah nak balik nak tengok Casa Emarieys juga…eh.

 

 

About emarieys

Ema has written 1074 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 thoughts on “Keropok Keping Sedap Makan Mentah Saja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge