Assalamualaikum. Dah hari isnin hari ini. Mood pun dah terkena jangkitan Monday blues. Malas. Eh, yea ke? Rasanya tidak. Baru lepas siapkan kerja untuk next programme. Selepas raya, program back to back. Nak rehat pun tak sempat. Luch nanti, kena balik ambil anak.

Anak-anak dah tepu otaknya setiap kali hari minggu duduk di rumah saja. Kesianlah pula. Maklumlah selepas raya, hari minggu diisi dengan jemputan rumah terbuka. Itupun tak pergi semua.. Tiga beranak MamaEma, Aqeel dan Ayra kena demam panas. Sekarang, dah baik..Alhamdulillah. cuma MamaEma masih batuk-batuk.

Agak lama tak berpiknik dengan family. So, semalam bawa anak-anak pergi mandi air terjun yang paling dekat dengan Kuala Lumpur. Mandi manda di air terjun Kemensah. Lokasi belakang Zoo Negara saja.

Rancang pun last minute, walaupun last minute sempat juga sediakan lauk untuk bbq kecil-kecil. Beli ayam, ikan dan udang. Buat perapan yang sangat ringkas. Bahan-bahan yang ada di rumah.Zas..zas..zas… siap peram, masuk peti ais.. esok paginya terus gerak ke Kemensah. Hasil lauk yang telah diperap dengan perapan segera. Berbelas tahun tak beli ayam, akhirnya terbeli juga ayam…hehehe.

Air Terjun Kemensah, Ulu Kelang

Adik ipar satu keluarga follow sekali. Singgah di Perkampungan Orang Asli kat sana. Kot ada buah durian dan petai.. Tapi tak ada rezeki, bukan musim katanya. Awal pagi orang masih tak ramai. Bolehlah cari tempat yang cantik sikit. Dapatlah satu kawasan yang mana boleh lepaskan anak-anak mandi sendiri. Air pula mengalir dan tidak bertakung. Risau juga ada dengar kes seperti air kencing tikus kan..

Sejuknya air… bertahan sungguhlah budak-budak ni. MamaEma rendam kaki pun terus menggelupur terkejut sejuk. Tak kuasalah nak mandi, baik buat kerja membakar. Makanya, tugas MamaEma sepanjang berpiknik kita bbq kan lauk yer.. Sampai habis semua. Ambik ko, siap bersila bagailah. Sambil tengok anak-anak mandi depan mata.

Sudahnya, makan nasi dengan lauk bbq jer.. Dah sakan mandi air terjun, perut masing-masing lapar. Budak-budak apa yang diterkam semestinya ayam bakar dan sosej lah. Licin terus.

Aduh, mek Ayra sakan menangis. Punya lama berendam dalam air, tak puas-puas lagi Bibir pun dah naik biru sebab sejuk sangat. Elok, Mak Teh dia yang tukarkan baju kering. Tiba MamaEma turun nak celup kaki, terus dia menangis nak turun lagi…Amboii beria benar menangisnya… Dahlah baru baik dari demam. Sudahnya, masuk kereta terus lena… penatlah tu.

Air terjun Kemensah ni, boleh tahan juga cantik tempatnya. Ada juga beberapa chalet yang disewakan. Ada tempat di mana ada dibuat kolam dengan takungan air semulajadi ni. Tapi biasalah, bila ramai-ramai mandi akan naik keladaknya. Nampak agak keruh air. Lebih baik cari air semulajadi yang terus menerus mengalir. Senanglah hati sikit.

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

14 thoughts on “Kemensah Tempat Mandi Air Terjun Yang Dekat Dengan KL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge