Selain itu pengambilan madu juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh. Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit. See more at: Klik Sini