Logo KBBA

Assalamualaikum. Kecoh memang kecoh.. tapi masih under control. Budak-budak kan. Diaorang excited nak duit raya. Tahun ini kami punya plan untuk beri duit raya lain sikit. Ekonomi tengah gawat namanya. Budak-budak happy. Mak bapak budak pun sama naik seh gitu.. hahahaha.. bila dikenang memang kelakarlah. Korang tengoklah Mr.Ery tu, samping pun dah tak lekat kat pinggang..terus sangkut kat bahu..

Nak Duit Raya, Kena Buat Undian.

Kisahnya, sangguplah bersengkang mata nak buat nombor satu-satu hingga nombor 50. Nak kena masukkan duit satu-satu dalam plastik, nak kena stapler, nak kena gulung kertas undi. Tak kira anak sendiri, anak saudara, anak jiran, anak sepupu ke apa..semua nak duit raya kena buat undian. Kira nasiblah siapa yang dapat duit kecil..siapa yang dapat duit besar. Paling kecil 50 sen…paling besar RM10.

Nah, sekali dua beradik dapat duit besar. Terus Mr.Ery sakit kepala…belum habis raya duit besar dah orang punya. Dalam 11 cucu, 2 orang dapat RM10..2 orang dapat RM5…dan yang lain dapat RM1 dan RM3. Anak sendiri pun dapat RM2 saja. Dah kira nasiblah kan.

Sukalah Haji Airil ni yer. Dapat duit RM10 tu. Abangnya dapat RM2 jer. Nasiblah mereka tak berdengki sama sendiri.. Dah habis raya ni, tiada siapa pun yang teraniaya dapat duit raya 50 sen. Okey, simpan untuk next year pula.

 

About emarieys

Ema has written 1021 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “Kekecohan Berlaku Untuk Dapatkan Duit Raya”

  1. Budak2 kadang2nya bukan nilai yg dia nak. Janji dapat duit. Tahun ni tak ramai kanak2 datang beraya ke rumah saya mungkin cuti sekolah then balik kampong.

    Selamat hari raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge