Mr Ery Special Day

Kejutan Bulan Oktober

Assalamualaikum.

Holla..holla…baru nak timbul balik setelah tenggelam lama sangat. Bulan Oktober yang hampir ke penghujungnya sedangkan bulan oktober adalah bulan yang banyak peristiwanya untuk aku. Kejutan dari si suami yang kirimkan bunga dan teddy bear dua ekor sempena hari ulangtahun ke-10 pada 10.10.2014 (Jumaat). Hari Jumaat tu, aku masuk pejabat lambat sebab pergi singgah satu tempat dulu. Masa on the way ke pejabat, aku terima panggilan dari seseorang nak hantar satu kiriman, dia telefon nak confirmkan alamat pejabat. Aku cakaplah, boleh hantar saja lagipun ada orang di pejabat. Memang dalam otak pemikiran langsung tak terfikir kiriman apa, yang aku fikir hadiah contest mana pula kali ini. Sebab aku pernah terima kiriman dari fair & lovely yang aku masuk contest bulan puasa lepas sampai aku terlupa.

Surprise dari Suami

Bila sampai pejabat, kawan ada bagitahu ada special hadiah depan kaunter. Tak aku sangka hadiah sempena ulangtahun dari suami. wah, romantik juga laki aku ni yer. Maklumlah mana pernah dapat bunga lagi setiap tahun hari ulangtahun perkahwinan. Tahun ini yang istimewa, so dapatlah istimewa. Patutlah sebelum pergi kerja suami asyik tanya tak ada special hadiah ke hari ini?

present wedding anniversaryKembang kempis jugalah hidung aku bila dapat bunga. rakan opis ingatkan hari lahir aku siap ada yang wish happy birthday maklumlah hari lahir aku pun bulan 10. Bila dah dapat hadiah istimewa ini, aku mulalah tak senang duduk. Takkan suami je yang bagi hadiahnya, aku langsung tidakkan. Memang aku langsung tak ada plan apa-apa pun. Sebab nak sama rata, last minit aku google tempat untuk dinner yang istimewa. Bila aku jumpa restoran berputar atas menara KL tu, ya ampun mahalnya untuk satu kepala. Last-last aku jumpa satu tempat yang dalam bajet aku, terus aku call untuk booking. risau juga takut dah penuh sebab last minute sangat. Alhamdulillah, masih ada kekosongan.

Dinner at Flora Kafe Ampwalk

Di sinilah makan malam special kami sempena ulangtahun perkahwinan di Flora Kafe Ampwalk. Terima kasih team Flora Kafe. Tempat romantik, penuh dengan bunga-bunga. Elok juga, meja kami di luar, mudah untuk suami aku sedut asap. Aku ambil pakej RM 192.50 ada 5 jenis lauk pauk seperti asam pedas ikan, daging masak kicap, udang masak lemak, ayam goreng, sayur dan pencuci mulut bubur kacang serta air sirap termasuk kek coklat sekali. Banyak lauk tak habis, siap boleh tapau bawa balik. Kek pun makan sikit sebab dah kenyang sangat pun boleh bawa balik.

wedding anniversary at flora cafeLagi satu, pihak Flora Kafe ada photographer sendiri untuk snap gambar dan dipostkan di facebook mereka. Gambar-gambar ini pun dari facebook Flora Kafe.

wedding anniversary1

wedding anniversaryKek coklat mereka sediakan pun memang sedap. Masa buat tempahan diaorang akan tanya ada special apa-apa ke untuk dinner ini. sebab diaorang akan bagi kek coklat ini percuma saja.

wedding anniversary cakeSenang nak cari tempatnya. Lagipun aku pergi dengan motor. Anak-anak tumpang rumah pengasuh. Itupun agak susah nak tinggal kejap sebab suami kesian tak bawa anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak dapat juga merasa makanan yang mama dan ayahnya makan, cuma tak join sekali saja. InshaALLAH lain kali akan bawa anak-anak pula ke sini. Ini alamatnya kalau korang nak merasa tempat romantik seperti kami juga.

 

Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, Malaysia
012-2070166 / 03-2181 0986 (mel)

 

 

Selain makan malam romantis ini, ada hadiah lain lagi istimewa untuk suami aku sebenarnya.

About emarieys

Ema has written 1156 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

16 Comments

  1. happy annivesary 🙂
    saya tengok dalam blog siapa ya cerita pasal flora cafe ni
    rasa macam teringin nak pergi 🙂

  2. HAPPY 10th Anniversarry. .moga bahagia till Jannah. ..
    Wah. .bestnye dpt suprise. ..

  3. happy anniversary ema. Ada akak nampak gmbr ni ema post kat fb. Boleh tahan juga banyaknya makanan termasuk dalam pakej ni kan. Puas hati.

    Tak sangka mr ery ni romentik ye. nampak cam ganas2 je,
    LydSunshine recently posted…Terima Kasih Sebab Panggil Aku Bahlol!My Profile

  4. Alhamdulillah, happy 10th anniversary utk ema n husband, semoga bahagia berkekalan ke akhir hayat
    ajumohit recently posted…Bertuahnya di Majlis Makan Malam @ Gold Coast MoribMy Profile

  5. Happy 10th Anniversary buat Ema dan suami ^_^

    Dapat bunga 10 tahun sekali tu pun kira dah ohsem sangat, Ema. Kalau tidak, takkan kembang kuncup hidung, duduk pun tak senang. Gembira je rasanya ya tak? Ish, kepohci pulak. Apalah agaknya hadiah yang lagi misteri tak cerita kat sini tu 🙂
    Mummydearie recently posted…51 kg???My Profile

  6. happy anniversary. memang syoknya dapat kejutan gitu

  7. ohcikgu says:

    fuhh..

    memang terkejut-kejut la ni dibuatnya ye..
    ohcikgu recently posted…Exam Online PTD 2014My Profile

  8. Wahhh romantiknya..
    Siap delivery ke opis lagi

    Happy Anniversary Sis 😀
    Myra Jay recently posted…Jeruk Mempelam/Mangga Asam BoiMy Profile

  9. wah memang sweet…Happy 10th Anniversary buat sis dan suami…semoga kekal bahagia and sweet 😀
    puteri kasih recently posted…Kebaikan Mandi Air SejukMy Profile

  10. alhamdulillah, tahniah!
    siti hazreen recently posted…Sambal Goreng Saadiah dari Kak Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)My Profile

  11. Romantiknyaaa! Agaknya saya hanya akan dpt kejutan tue di thn ke 10 je kot! Huhu

    Happy anniversary sis!
    Effa recently posted…Tempat Percutian di dalam Negara yang mana anda akan pilih?My Profile

  12. So sweat.,
    Abdur recently posted…Domain Percuma Yang Amat BerbaloiMy Profile

  13. Bertuah tuannya punya badan dihargai. 🙂
    akubiomed recently posted…Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41My Profile

  14. hehe..

    tak larat gua nak buat.

    gua bagi yang “biasa” aje.

    hehe..
    titan recently posted…Pahang Menang, JDT Kalah, Mat Yo Tak salah, Duit Blogging 101, Result Exam PTD dan Calon SPM 2014My Profile

  15. romantiknya dapat bunga istimewa dari suami…tahniah dah 10 tahun usia perkahwinan,semoga kekal hingga ke jannah….bile agaknya sy nk dpt bunga macam tu…huhu
    NOREHAN SAAD recently posted…JERUK ASAM BOI YANG MUDAH DAN SEDAPMy Profile

  16. Waahhh… romantik gitu!
    sal ya recently posted…Telekung lycra tidak sah solat.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge