As Salam

Tahun 2012 adalah tahun melawat negeri Kelantan Darul Naim.

Apa yang istimewa di Negeri Kelantan

1) Papan Iklan – Papan iklan yang ada menutup aurat dan bertulisan jawi. Farah Fauzana pun pakai tudung dalam papan iklan Hot FM, artis Maya Karin pun pakai tudung dalam papan iklan Celcom..comel jer tengok.

Gambar dari google

2) Kedai gunting rambut – nak potong, nak cuci nak stim rambut murah sangat. si azwa tengah potong dan cuci rambut masa balik kelantan baru-baru ini. puas tunggu hingga sejam baru siap, tapi charge cuma RM 10. ingatkan orang dewasa saja yang akan rasa urutan masa rambut dicuci rupanya budak sebesar azwa pun dapat rasa urutan kat kepala dan leher.

bukan azwa saja kena potong rambut, aqeel pun potong juga..tengok ngeri bila tukang gunting potong rambut aqeel pakai mesin..steady saja aqeel bila amoi mesin rambut dia…kejap-kejap senget ke kiri kejap ke kanan..geli.

3) Tukang urut – kat sini ramai yang boleh mengurut satu badan termasuklah mak sedara mr.ery ni. sekali sekala bila balik kelantan badan rasa segar lepas kena urut.

dulu mengurut dengan atuk mr.ery ini….tapi dah tak kuat sangat dah..ilmu urutan dah diberikan kat anak-anaknya.. atuk mr.ery ini kalau urut badan lebih suka pakai tumit kaki.

4) Toto – Ini bukan toto teka nombor. Kelantan tak ada kedai judi pun. tapi ini toto yang dibuat selimut atau lapik tidur. orang luar banyak cari selimut toto kat sana. paling femes jenama narita. memang sangat best nak buat tidur. baru-baru ini ada bawa balik toto selimut beserta dengan satu set cadar, sampul bantal untuk dijual. (tak sempat nak ambil gambar)

gambar dari google

5) Emas – sini nak kata emas murah atau mahal tak berapa reti nak explain sangat. tapi orang kelantan memang suka pakai barang emas besar-besar kat leher mahupun tangan. tak caya try pergi ke pasar siti khadijah di kota bharu. makcik-makcik jual sayur pakai..mak aiii..malu nak tunjuk yang orang muda pakai besar mana.

6) Beli beras- sana mudah nak cari beras dari siam. kalau jenis yang suka makan nasi keras-keras, elok beli beras dari siamlah.

banyak lagi istimewa negeri Kelantan. tak pergi maka tak tahu.

jom pergi Kelantan.

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge