Anak balik sekolah semalam mengadu dia kena perli dengan kawan sekelas. “Hitamnya ko Azwa”..Terasa terus anak.. Alahai siannya. Penangan family day selang seminggu. Kalau minggu sudah family day JTM di Melaka, minggu ni family day KBBA9 di Cherating lah pula. Hari-hari anak-anak terjun kolam, mandi air laut tak kira pagi, tengahari, petang..nasib baik malam je tidak. Mana tak terbakar kulit tu. Tak apalah kakak, hitam pun hitam manis.. nanti mama sapu Qu Puteh..eh.

Family Day Fully Sponsored by Legend Cherating Beach Resort

Memang happening..memang giler-giler..memang ohsem sangat. Dapat bermalam 3 Hari 2 Malam di Legend Cherating Beach Resort. MamaEma bergerak petang jumaat, selepas anak-anak balik sekolah. Perjalanan dari KL ke Cherating lebih kurang 4 jam lebih, singgah RNR Temerloh, Anak-anak dah lapar sangat, tak makan tengahari..terus makan petang dengan masakan ikan patin. Sedap.

Check point here

Dalam whatsapp group masing-masing share dah sampai Legend Cherating dan dah masuk bilik pun. Wah, syoknya, ini yang tak sabar nak cepat sampai. Tapi, malangnya dalam perjalanan MamaEma perhatikan Ayra punya kulit naik biji-biji macam terkena ulat bulu. macam terkena lapar garam pun iyea. Menggaru-garu tak berhenti..Garu sana garu sini, habis banyak tempat jangkit naik. Terus MamaEma cuci tangan dia..sapu dengan minyak berangin. Okeylah sikit.

Sampai Legend Cherating, disambut dengan mesra oleh staff di sana. Blogger?. Yeah, I’m KBBA Blogger. Dah check-in dan dapat kunci bilik bernombor 546, tingkat 5 mengadap pantai. Dapat bilik Deluxe Room lagi.. Tq Legend Cherating. Teruja masuk bilik, nampak katil terus nak baring. Opps, tunggu “Mama nak ambil gambar bilik ni dulu”.

Ini bilik yang kami stay

Layanan baik dari staff, penat perjalanan entah hilang ke mana. Turun semula pergi ke kereta, angkut segala beg-beg bawa  masuk bilik. Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam, memandangkan sampai sana dah nak masuk maghrib, kolam pun dah tutup. Selamat 1 hari untuk anak-anak bakarkan kulit…hehehe.

Selepas solat, turun untuk dinner dan sempatlah MamaEma ronda-ronda di waktu malam kawasan Legend ni.. Deruan ombak dari laut, sangat nyaman..dengan pasir pantainya yang sangat halus.

Pasir pantai sangat halus

 

Program Hari Keluarga KBBA9

Sepanjang berada 3 Hari 2 Malam di sini, banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Legend Cherating. Ada aktiviti yang melibatkan blogger sahaja dan ada aktiviti untuk semua keluarga. So, semua dapat merasainya. Wah, memang tak sabar-sabar  nak follow bila tengok itinerary program yang disediakan.

Legend Cherating memang sesuai untuk semua orang. Nak honeymoon, nak release tension, nak beristirihat, nak bercuti dengan keluarga, nak buat kenduri kahwin, nak berkursus, teambuilding malah nak shooting..semua bolehlah. Syok tau. MamaEma pernah datang sekali ke Legend Cherating, pun atas sebab hari keluarga tempat kerja MamaEma..tahun 2006.. dah banyak perubahan.

Our founder KBBA9

 

Amanat dari founder KBBA9 sendiri Abang Ben Ashaari. MamaEma bersyukur sangat dapat menjadi salah satu team dalam KBBA9 ni walaupun setahun jagung dengan mereka. Dan ini kali kedua, MamaEma sertai aktiviti KBBA9 di mana keluarga pun tidak ketinggalan. Kami datang dari content blogger yang tak sama. Tapi kami berkumpul sebagai satu keluarga. Ingat, jangan lupa pada mereka yang memberi jasa.More picture boleh tengok di @ https://www.instagram.com/emarieys/

Facebook : https://www.facebook.com/legendresort.cherating/

Website : http://www.legendcherating.com/

Instagram : https://www.instagram.com/legendresort.cherating/ 

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “KBBA9 Family Fun Day at Legend Cherating Beach Resort…Ohsem”

  1. Seronok jumpa keluarga besar KBBA9 walaupun cuma sebahagian. Kat Legend ni kali kedua kak Ti jumpa MamaEma.. Sorrylah.. 2 kali dlm bot ema terpaksa bertabah dengan mulut kak Ti yg tak gheti diam ni..😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge