Isnin dah hari ini. Sepatutnya hari ini baru mula kerja. Dah apply ambil cuti direct seminggu. Tapi apakan daya, dua hari selepas cuti deepavali disuruhnya masuk kerja. 13 tahun bekerja, ini kali pertama  cuti tak diluluskan. Apa nak buat Saya Yang Menurut Perintah ada di bawah senarai tugas. Maka, kena akur.

Balik Kampung Bukan Cuti Semata

Yea, balik kampung bukan cuti semata, balik kampung ada kerja perlu setel.”Ambo, kelik buke duk sajo, ambo kelik wat kijo deh sebab tu ambo nok cuti lamo” . Awal pagi terus ke Casa Emarieys. Nak tengok keadaan rumah yang dah disewakan pada student ni. Kebetulan student pun cuti seminggu.. sampai sana, disambut tetamu baru. Alahai, kesian tengok kucing dan anak-anaknya ditinggalkan di luar rumah. Dah tahu, salah seorang penyewa bela kucing, tapi tak sangka pula kucing ni beranak…ada 4 ekor anak kucingnya. Ada ditinggalkan makanan kucing..tengok macam lapar..terus bagi makanan yang ditinggalkan..berebut anak-beranak makan.

Biniku Buruh Binaan

Ini Mr. Ery yang bagi tajuk filem Biniku Buruh Binaan. Yealah, mana nak cari bini yang boleh buat kerja lelaki kan.. Bab mengecat, mencangkul sikit punya mudahlah..lainlah bab elektrikal dan elektronik… walaupun study dulu di bidang elektronik. hahaha. semua itu dah tak ingat. Kerja pertama yang berjaya dilaksanakan, mengecat tiang garaj. Hah, semua tiang dapat disiapkan dalam separuh hari tu.. ada 6 batang tiang. Dua kali mengecat setiap tiang tau.

Korang jangan tanya, laki ko tak buat ke, yang ko kena mengecat ni.. Eh, Mr Ery punya kerja lagi susah. Kena memanjat. Korang nampak atas kepala di tepi tiang tu tak? Itu lampu solar. Pasang untuk garaj ni. Tapi bila pasang lampu itu kat sini, ia tak menjadi..padahal dah test dulu. Dua tiga kali juga lah test and error.

Anak-anak pun tak dimanja sangatlah.. Main batu, main tanah, main air ada orang kisah? Tak ada yang kisah  pun..main lah anak-anak.. di KL tak boleh bermain macam ni.. Comot sakan ni sebab baru lepas makan aiskrim.

Hari pertama mengecat, hari kedua terus jadi buruh binaan. Hah, ambik ko, nak kena rata pasir dan batu tu..tambung di tempat takungan air dan garaj kereta. Fuh, memang mandi peluh. Dahlah panas terik, padahal masih awal pagi.. Abang Aqeel pun bekerja kuat tolong angkut pasir. Yang ni tak laratlah nak buat sorang-sorang.. Mr. Ery sebelah, MamaEma sebelah. Baru adil.

Setel juga kerja separuh hari.. nak kejar masa punya hal sebab cuti dah dipendekkan. Memang lega bila kerja selesai..hati pun rasa senang. sebelum balik KL sempat juga pergi berurut badan.. tak ada lah sakit-sakit urat buat kerja berat.. gituuu.

 

Save

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

7 thoughts on “Kau Balik Kampung Bukan Cuti Semata”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge