Kasut Teva

Kongsikan Artikel Ini

Assalamualaikum.

Tak pernah aku nak shopping sandal, selipar mahupun kasut harga lebih seratus. aku rasa sayang nak belanja lebih kat kasut biarpun kasut itu cantik dan berkenan di hati. sebab aku fikir, beli harga beratus tetap rosak juga. tetap buruk juga.

Tapi bila ada orang nak belanja kasut mahal sikit. Tak akan aku nak tolak. rugilah. Korang pernah dengar kasut dari teva. aku ini baru tahu. bila aku teroka laman web teva ini, eh murahnya harga. tapi aku silap, itu harga tag US Dollar, bukan tag Ringgit Malaysia. Fuhhh, lap peluh aku..kena convertlah. Apa perlu risau, bukan ke orang yang nak belanjakan.

Sampai di rumah, nampak dua kotak besar. Aku sendiri tak tahu jenis kasut apa yang mr.ery belikan sebab dia tak tunjuk pun hanya tanya saiz kaki aku saja.

Kalau macam ini, ia dipanggil kasut atau sandal? Ini mr.ery punya. Namanya Churnium Men.

Teva Man Shoes

Dan yang ini aku punya. Bukan kasut tapi lebih kepada sandal dan namanya Tirra Women.

Teva womanApalah kelebihan sandal ini hingga harga pun cecah beratus untuk sepasang. Sandal ini boleh tahan bertahun-tahun dan ada waranti lagi. sesuai untuk aktiviti dalam air, hutan, gunung, bukit dsb.

Hari Jumaat hingga Ahad ni, aku akan pakai nak ‘lanyak’ habis-habisan. Kata ‘water sports’ kan.

 

Tentang emarieys

Ema has written 1429 post in emarieys.com.

Saya Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery. Menulis blog sebagai kenangan hasil dari pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Web Statistics