Ini Ke Layanan Hotel Dorsett Regency Bila Dapat Voucher Free

Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur.  Kalau minggu lepas bermalam dalam khemah, minggu ni bermalam dalam hotel.. Dapat stay 1 night di hotel selepas menang cabutan bertuah masa lawan bowling opis tahun lepas. Tangan bertuah si Abang Aqeel. Tak sangka pun, walaupun tak menang bowling..rasa berbaloi juga menang cabutan bertuah ni. Alhamdulillah.

Alang-alang cuti tiga hari sambung dengan cuti wilayah dan voucher nak expired terus buat booking dengan hotel. Itupun last minute, petang call untuk menginap esok hari. Rezeki ada bilik kosong..sangat mudah untuk reservation. hotel bagi no booking. esok boleh check in..

Esoknya keluar awal nak singgah makan dulu. dah lama tak makan ikan bakar belakang istana lama. Baru tahu, hari minggu kedai ikan bakar semua beroperasi. Setel makan terus gerak ke hotel. Tak jauh mana, lokasi hotel ni. Pernah pergi sekali masa kursus, cuma tak bermalam je.

Tak terus masuk parking hotel pun. Takut masih awal untuk check-in sebab belum pukul 3.00pm. Mr Ery park kereta tepi jalan, aku jalan kaki ke lobi hotel. Sampai receptionist, aku bagitahu nak check-in..dan terus bagi nama jee. Dah itu yang ditanya. Pastu receptionist tu minta ic untuk pengesahan, tapi aku bagi lesen memandu… ic tertinggal kat opis..berdirilah depan receptionist ni tunggu dia menaip dalam komputer..aku agak masukkan data peribadi lah kan..Bila nampak ada kertas di print, yea, dah boleh check-in. Dapat dua kunci (receptionist tanya nak berapa kunci, aku minta dua senang satu nak letak dalam bilik. kasi aircond 24jam), user dan password internet (tak perlu tanya pun)… Dapat bilik no 2101.

Dah parking kereta elok-elok…naik lift parking ke lobi..pastu lift lobi ke tingkat 21.. dalam hati berharap sangat dapat bilik okey lah kan…biarpun tak perlu bayar apa-apa. Sekali bila dah buka pintu bilik…jeng3x…wahhh, sukaaaaaaaaa.. bilik bersih, cantik, kemas, selesa..walaupun satu katil, tidur empat beranak pun muat.

Dorsett Regency Kuala Lumpur 13

Beria-ria nak juga bermalam pada tarikh 30hb Januari 2016 ada sebabnya. Hari tu adalah hari kelahiran Mr.Ery. Kira hadiah harijadi laa ni…sebab si wifenya tak beli apa-apa pun.. Selamat Hari Lahir Suamiku.

Dorsett Regency Kuala Lumpur 05

Bakal tauke madu kelulut..InshaALLAH.

Dorsett Regency Kuala Lumpur 01

TV Flat

Dorsett Regency Kuala Lumpur 02

Almari baju yang berpintu cermin besar boleh tarik tolak.. kettle itu pun macam tak berusik lagi.

hotel dorsett regency 3

Kotak tisu dan toiletries baru

hotel dorsett regency 2

Tak ada bath tab tapi bilik mandi luas.

hotel dorsett regency 1

Berkenan dengan lampu meja.

hotel dorsett regency 4

Dah selesai geledah bilik hotel kan… petangnya turun bawah cari kolam. Dalam duk berkira tingkat berapa kolam mandi, main agak-agak tekan level 4… nasib baiklah betul. Anak-anak tak payah cakap, tanggal selipar teruslah terjun. “Inikan hari dia”,  Mr. Ery pun join sekali le. Kolam dia luas walaupun dalam bangunan. suka kolam dalam bangunan, ada sikit privacy kan.

Dorsett Regency Kuala Lumpur 07

Tak silap ini projek untuk buat apartment style. sebelah hotel je. dalam pembinaan.

Dorsett Regency Kuala Lumpur 09

Dah puas mandi kolam, apa lagi perut memang lapar laa. tahu tak area mana ni? orang yang biasa dengan tempat high class memang tahu kat mana ni kan..yea, pavillion area..tapi tak masuk pavi pun…dan tak pernah lagi jejak pavillion… dari hotel, kami jalan kaki je cari tempat makan.fuhhh, hari minggu ramai sungguh orangnya. tak tahu datang dari mana..

Dorsett Regency Kuala Lumpur 10

Sebelum check-out, sempat lagi mandi kolam..bagi anak-anak puas hati..ada seorang yang tak puas hati ni… tengok Ayra tu, tajam perhati kakak dan abang seronok mandi kolam. Try lepas dia, laju je merangkak menuju kolam…hulur kaki dah nak turun…alahai kesian…tunggu adik besar sikit lagi yea..

Dorsett Regency Kuala Lumpur 23

Pengalaman dapat stay 1 night di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur sangat best. Dengan voucher free, dapat bilik cantik..layanan staff pun baik…breakfast pun sedap.. Hari nak check-out, ada cleaner datang nak kemas bilik lagi. Aku tak kasi bersih pun, biar aku check-out dulu…kan nanti nak kena kemas balik..aku hanya minta air mineral jea biarpun dia ada tawarkan toiletries juga. Ini aku senaraikan kelebihan hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur yang patut korang try juga.

Kelebihan hotel

  1. Lokasi sangat strategik..area bukit bintang..pavillion dekat..jalan kaki je dari hotel.
  2. Free parking
  3. Internet hotel laju tu.. upload video dan gambar kejap je.
  4. Staff friendly
  5. Hotel bertaraf  4 bintang dengan harga paling murah berbanding dengan hotel yang lain lebih-lebih lagi dekat kawasan shopping mall dan tarikan pelancong.
  6. Pernah berkursus kat hotel ni, seminar pakej ditawarkan pun harganya sangat murah.. sentiasa penuh sebab bilik seminar tak banyak.

Ini aku sertakan lokasi hotel. Alamatnya 172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Kadang-kadang susah nak jumpa walaupun pakai waze ni. paling senang, cari hotel Ritz Carlton…sebelah menyebelah je hotelnya.

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

15 Comment

  1. apa yang penting selesa dan layanan yang baik. ni akan membuatkan kita rekomen pada rkana-rakan lain.
    semak saman recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ OnlineMy Profile

  2. nampak bersih biliknya, terbaik sis
    Raihanah Ahmad recently posted…Paras Gula Turun Kepada 6.6 Dalam Tempoh 3 MingguMy Profile

  3. servis baik jadi kita akan jadi referal untuk promosikan hotel ni dekat kawan kawan 🙂
    Ikhwan recently posted…Tips Pilih Bidang Latihan Separa PerubatanMy Profile

  4. macam best aje.

    leh try ni nanti kalau pi bercuti.
    titan recently posted…Warna-warni MSMW 2016My Profile

  5. perghh. berhoneymoon free la ni. hehe
    Bahrain recently posted…Movie Tamil Aranmanai 2 Papar Seram Komedi Yang MenarikMy Profile

  6. Tajuk tu buat saspen je ema. Ingatkan dpt layanan buruk. Hehe.

  7. alamak bestnya hotel ni, selesa dan puashati, macam ni baru best bercuti kan
    ajumohit recently posted…3 Sebab Beg Bonia Masih BertahanMy Profile

  8. ish ish..tajuk bikin saspen je…haha…
    anyway tahniah dear dpt voucher free…mmg syokkk…

  9. apa yang penting selesa, bersih dan staff friendly..
    Suriaamanda recently posted…Buah Yang Jarang Di Lihat Dan RasaMy Profile

  10. Seronok tu kadangkala check in hotel untuk berehat.

  11. ho ho kiranya layanan tetap sama dan profesional tak kiralah sama ada dapat voucher free atau berbayar ye
    sabree hussin recently posted…Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?My Profile

  12. suka jawapan sabree kalau gini akan ramai mai sana..yelah free hee..kalau berbayar mahal gak kans hee..
    suri recently posted…5 Resepi Buat Doh Pizza Gebus Enak Bungkus Bawa Ke Taman HatiMy Profile

  13. suspen baca tajuk mula2.. igtkan sesuatu y tak ok.. bguslah.. berikan layanan y terbaik hotel ni
    lyafrina recently posted…R.A.N.D.O.MMy Profile

  14. best nampaknya tu..
    baca tajuk sekali lalu
    ingatkan negative impaknya. sekali best rupa² nya ye!

  15. bagus sekali hotelnya
    Wooclip @Nonton film subtitle indonesia recently posted…Download The Big Short (2015) BluRayMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge