Kedai Ikan Singgang Kampung Baru

Kedai ikan singgang di kampung baru. Lauk ikan singgang dengan orang Kelantan memang tak pernah miss. Lauk kegemaran orang Kelantan. Nak buat ikan singgang pun senang…masak rebus air.. letak bawang putih, asam keping, lengkuas…nak pedas letak cili banyak. Ada singgang putih ada singgang kuning, letak kunyit yang jadi warna kuning. Tapi majoriti Kelantan singgang putih jernih jer.

Ini kali kedua makan kat sini dengan orang yang sama si angah. Datang makan ikan singgang ni pun gara-gara kereta si angah rosak kat bentong, pergi bagi bantuan angkut mari KL. Perut masing-masing kebulur, si angah la yang ajak makan sini. kalau harapkan kak long dia, memang failed bab kedai makan area KL ni. Nak masuk simpang kedai pun salah lagi.

Jam 11.00 malam orang masih ramai jamu nasi.. memang penuh meja. Tak pasti apa nama kedai ikan singgang ni. semua kedai ada ikan singgangnya. yang mana satu kedai yang sedap. sorry sangat tak tahu..yang penting ada BUDU tu.

Kedai Ikan Singgang5
Si baju oren dah tak pandang orang..

Mari kita tengok lauk apa lagi yang kami order dan agak-agak berbaloi ke dengan harga yang kami bayar ni. Telur dadar untuk dua orang, ikan singgang dua mangkuk.

Kedai Ikan Singgang3

Daging goreng kunyit

Kedai Ikan Singgang2

Ulam dua pinggan

Kedai Ikan Singgang1

Dua pinggang ikan rebus. ikan rebus dia sedap secukup rasa..manis masin masam

Kedai Ikan Singgang4

Ditambah 7 pinggan nasi dan 6 gelas air..totalĀ  kena bayar RM 85.00. Aku rasa macam mahal, tapi bagi korang ia mahal ke murah?

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

22 Comment

  1. serius mahal emma…huhu…
    alahai…mmg cekik darah sungguh ni…

    1. tulah, makan ikan bakar pun tak semahal ni…hisshh.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  2. Hazmin Hamudin says: Reply

    Rasa lauk pauk tu macam simple je. Tapi harga dia pergh.. Hehe

    1. betul tu setakat ikan singgang camtu harganya.. ish
      anah recently posted…5 Amalan Gaya Hidup SihatMy Profile

    2. singgang ni rebus jer…tak ada pun pakai perencah… tak memadai harga kan.

  3. standard harga dekat kampung baru,sebab sewanya mahal…
    zik recently posted…Hakim and the magistrate, juara AJL 30, 24.1.2016My Profile

    1. itulah bila difikirkan balik..
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  4. Tengok makanan nya menyelerakan tapi terasa harga mahal huhu
    Ani Haryani recently posted…Jump Street Malaysia Super Duper AwesomeMy Profile

    1. memang bertambahlah makan nasi lauknya ada budu sekali.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  5. dah lama tak makan ikan singgang.

    mana nak cari kat johor ni haa..
    titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.My Profile

    1. kitorang masak sendiri je ikan singgang, meh la nak rasa
      Raihanah Ahmad recently posted…Sembuhkan Luka Diabetes Dan Elakkan Amputasi Dengan ShakleeMy Profile

    2. sendiri masak lagi puas hati bro titan.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  6. mahalnya dia caj, mungkin sebba di ibu negara kot ema
    Raihanah Ahmad recently posted…Rawatan Denggi Paling Berkesan dan SelamatMy Profile

    1. itulah..nak puas hati baik masak sendiri jer.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  7. template baru ek web ema ni? cantik u
    anah recently posted…Bekam Adalah SunnahMy Profile

    1. minggu lepas duk pilih-pilih template…pening juga kepala nak pilih…hehehe.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  8. Jangan pergi dah lah kedai ni. Ade je kedai sedap gle masakan thai kat kampung baru tu harga ok je
    Fatin recently posted…Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala LumpurMy Profile

    1. kalau diri sendiri memang tak pergi dahh…ini sebab adik yang bawa…hehehe..dia belanja kita follow ajer.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  9. Sedap tu singgang.. Mummy kali masak selalunya singgang kuning.. Hero2 pun suka.. Yum yum!

    1. masam-masam pedas…layan habis.
      emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang SepangMy Profile

  10. mahal jugak tu..ingatkan adalah bayar dalam rm50 ke..

  11. Tetiba perut lapar….adessss
    Suriaamanda recently posted…Kari Kepala Ikan Kg Attap Meletop!!!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge