Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017

Pada 13 Ogos 2017, larian yang dinanti-nantikan untuk kehidupan sihat di kalangan rakyat Malaysia dan berusaha untuk membawa masyarakat di Seremban 2 dan sekeliling kawasan sekitar bersama dalam menikmati satu sukan sihat dengan satu sama lain. Menurut Dato’ Hoo Kim See – IJM Land Berhad, Senior General Manager – Central Region . IJM Land Half Marathon 2017 menjana satu minat yang kuat di kalangan komuniti larian dan orang ramai pada umumnya. Salah satu cara untuk membawa semua orang yang berkongsi hal sama dan dapat bon bersama atas satu kegemaran. Acara tahunan IJM Land Half Marathon 2017 kembali lagi, bakal mengegarkan Dataran Centrio Seremban 2 pada 13 Ogos 2017.

IJM Land Half Marathon 2017

Acara larian ini paling dinantikan warga Seremban 2 terutama mereka yang gemar bersukan dan yang mengutamakan gaya hidup sihat. Sambutan yang diterima juga amat mengalakkan dari rakyat Malaysia menjadikan acara tahunan ini sebagai acara yang wajib disertai setiap tahun bagi mereka yang meminati acara larian seperti ini.

 

Dana Disalurkan Kepada 2 Badan Kebajikan

Dua badan kebajikan iaitu iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association akan menerima sebahagian wang dari IJM Land Half Marathon 2017.

Kategori Marathon

IJM Land Run akan buka  2 kategori  iaitu kategori:

  • 21KM (Half Marathon) dan 10KM (untuk wanita dan lelaki berusia 18 tahun dan ke atas)
  • 10KM (untuk kanak-kanak atas 12 tahun).

Larian idaman ini juga akan mengumumkan lelaki terpantas dan wanita dalam perlumbaan, di mana layak untuk menerima IJM Land Half Marathon Challenge Trophy.

 

 

Berjaya menamatkan larian tanpa mengira kategori berpeluang membawa pulang beg hadiah dengan hadiah-hadiah menarik dari Platinum Sponsor Yakult bersama dengan Finisher Medal yang ditempah khas serta sijil penyertaan. Hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM10,000 juga untuk semua peserta yang sertai.

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2017 dan cara untuk mendaftar, anda boleh layari www.ijmlandrun.com . Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jom daftar sekarang!.

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 thoughts on “IJM Land Half Marathon 2017 Boleh Daftar Sekarang”

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge