Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Hotel di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Memang tumpuan pelancong luar negara. Orang Malaysia pun ramai yang stay di sini. Reception pun agak sesak. Menjadi tumpuanlah sebab bersebelahan dengan Mall Times Square.

 

 

Selesai check-in, terus naik ke bilik. Ini kali kedua menginap di sini. Yang first, bilik mengadap penjara pudu. Seram malam-malam nak duduk tepi tingkap. Itu dululah, sekarang penjara pudu dah tak ada. Kali ni, dapat bilik mengadap swimming pool. Dapatlah skodeng kan..hehehe. Hujan lebat hari tu, habis berterbangan kerusi di bawa arus angin.

 

 

Bilik Penginapan

Dapat satu katil king size. Tidur 3 beranak muatlah. Dua lagi anak terpaksa tidur kat bawah.  Sofa pun ada depan tv.

 

 

Tak dapat mandi kolam, berendam dalam tab mandi ni. Sukalah anak-anak kan. Bilik mandi memang selesa sangat. Luas. Tandas pula bilik berasingan.

 

 

Ada side dapur macam tu. Tapi tak boleh masak memasak. Masak air jer yang boleh.

 

 

Buat koleksi  di rumah. Pergi bercuti, bawa yang dalam bekas kecil-kecil ni. Setiap hari akan bertambah bila housekeeping datang ke bilik.

 

Inilah tandasnya. Unik ke tak unik? Membuang dengan cuci pun asing-asing. Anak hampir nak buang tempat yang cuci tu. Nasib baiklah..kalau tak…

 

Antara bilik tidur dengan ruang tamu ada sliding door. Nak rasa aircond sejuk dalam bilik, tarik sliding door.

 

 

Kemudahan Pusat Gym

Ambil peluang untuk bersenan di Gym. Nak masuk ke Gym, perlu bawa key card yer. Nak mandi kolam pun kena bawa key card. Kalau tidak, memang tak dapat masuklah.

 


 

 

Okeylah, abang sayang dah sado kan.

 

 

Masuk mall Times Square, cari makan. Penat berjalan kat dalam ni. Banyak tingkat sampaikan tak tahu nak ke mana. Cari tempat makan pun dah pening kepala.

 

Syok dua beradik ni layan youtube. Wifi free.

 

 

View dari bilik di waktu malam. Bandaraya ni, entah time bila tak sesaknya. Hari-hari nampak traffic jam teruk depan hotel.

 

 

 

Esoknya, Mr.Ery layan anak-anak mandi kolam sampai biru-biru mulut. Nak sangat mandi kolamkan. Ayra Sufia kalau dengan ayah dia memang gediklah. Posing sana posing sini.

 

 

Dah puas ke mandi anak-anak? Menggigil baru reti nak naik kan.

 

 

Ayra pun bawa turun ke kolam juga. Tapi kejaplah. Tengok bibir bergetar tanda kesejukan tu. Menggigil-gigil pun suruh naik tak nak naik..tetap nak berendam.

 

 

 

 

Kira puas hati juga dapat stay kat Hotel Berjaya Times Square ni. Nak kata tempat tenangkan fikiran, tidak juga. Tapi nak rasa beza tidur di rumah dengan hotel, bolehlah…hehehehe.

 

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Hotel Di Tengah Bandar Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge