Hotel di Cherating, Terengganu, mana nak stay? Mana lagi kalau bukan the Legend Cherating. Satu-satu hotel yang dekat dengan pantai, kolam yang luas, bilik yang cantik. Ada plan nak bercuti ke Cherating? Tempahlah sekarang. Lagipun cuti sekolah panjang dah tak lama, paling dekat cuti raya Deepavali..seronoklah anak-anak dapat cuti seminggu tau. Okey, set the date now!! Jom ke Cherating.

Ada pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Legend Cherating kepada mana-mana jabatan, agensi, syarikat mahupun persendirian. Lagipun di Legend Cherating bukan sekadar tempat untuk berehat semata-mata, yang mana nak habiskan bajet tahunan, tak salah pun bawa pekerja-pekerja anda untuk rehatkan minda dan fizikal.

7 Sebab Wajib Menginap di Legend Cherating.

Staf yang mesra.

Penat-penat jalan jauh, nak check-in bilik dapat pula receptionist yang masam mencuka terus hilang mood kan. Tapi tidak sama sekali dengan Legend Cherating, staff yang sangat friendly. Sekiranya bilik belum ready, ruang menunggu luas dan selesa. Bolehlah hilang kepenatan memandu jauh sambil dapat kunci.

Ruang Lobby Hotel

Bilik tidur yang luas dengan pemandangan pantai yang cantik.

Ini yang paling best dapat bilik view ke pantai. Buka sliding door, berehat di beranda sambil menikmati angin pantai Cherating. Yang bilik bawah, terus nampak kolam. Yang datang honeymoon, ambillah bilik suite kan.. ada pelbagai kategori bilik yang ada.. deluxe, suite, executive suite, vila. Pilihlah ikut kos yang ada..tapi belanja lebih sikit tak salahkan..kenangan tu.

Kolam yang besar.

Tak pernah lagi stay mana-mana hotel yang ada kolam mandi yang besar seperti di Legend Cherating ni. Sudahlah besar, bersih pula tu. Ada tiga jenis kolam. satu untuk budak-budak, satu untuk mandi dengan pakaian biasa dan satu lagi untuk swimming attire. Hah, terjaga sungguh kolamnya.

Pantai yang cantik

Legend Cherating juga satu-satunya hotel yang dekat dengan pantai. Pasir pantainya sangat halus. Pijak pasir pun tak sakit kaki walaupun tak berselipar. Biarkan anak-anak main pasir pun tak risau.

Farm City

Di Legend Cherating ada Farm City. Petang-petang dah penat mandi kolam, mandi air laut bawa anak-anak bermain dengan haiwan yang ada di Farm City ni.

Makanan yang enak

Tak kiralah sarapan pagi ke, tengahari ke, malam ke memang sedap makanan yang disediakan. Semua nak makan..selagi boleh terisi perut.

Pakej yang menarik

Bab pakej ini ada banyaklah. Ada pakej untuk kursus, seminar, team-bulding, honeymoon, hari keluarga dan sebagainya. Pakej dengan harga yang sangat berpatutan. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari baru-baru ini.

Pakej Hari Keluarga KBBA9

Pengalaman melihat kelip-kelip. Kelip-kelip ini ada jantan ada betina. Yang jantan cahaya kelipan besar, manakala betina cahaya kelipan nya kecil. Tapi bila tengok sekali imbas, memang susah nak bezakan. Kelip-kelip memancarkan cahayanya adalah untuk mengawan, berkomunikasi dan sebagai isyarat bahaya. Baunya pula seakan-akan bau binatang kesin.

Bagi yang suka menikmati alam semulajadi, Legend Cherating salah satu tempat untuk melihat sunrise. Sungguh cantik sekali di kala matahari baru nak naik. Bersila di atas pasir yang halus, hembusan angin pantai dan deruan air laut,,sangat damai..sangat indah.

Menyusuri sungai cherating melihat habitat di air tawar. Bernasib baik akan jumpa ular berbelang kuning, burung, monyet ekor panjang. Naik bot selama 1 jam setengah sejauh 7 KM.

Melepaskan anak penyu. Kehidupan anak-anak penyu mudah terancam. Dalam 100 ekor dilepaskan, hanya beberapa ekor sahaja yang dapat survive. Anak-anak penyu terancam dengan ancaman dari burung, ancaman dari ikan besar, ancaman dari obor-obor dan ancaman dari manusia sendiri.

Memborong keropok lekor dan ikan segar. Datang sini jangan lupa bawa tong polisterin putih yang besar tu. Boleh borong ikan-ikan segar tau. Sebelum balik ke rumah, singgahlah ke Pasar Segar Kemaman..  Puas hati dengan tahap kesegaran hasil laut kat sini.

Keropok lekor hasil uli tangan bukan pakai mesin. Memang sedaplah, tak perlu goreng untuk makan. rebus saja pun sedap. Tak pakai tepung pun.

Telematch selalu ada semasa team building mahupun hari keluarga. Aktiviti ini boleh merapatkan lagi hubungan antara pekerja dengan pegawai, sesama keluarga sendiri, malah antara anak-anak juga. Enjoy dan lupakan pasal kerja sementara.

Bagi yang meminati aktiviti Scuba boleh belajar scuba dengan Muck Dive Kuantan. Banyak ilmu yang dikongsikan seperti kelengkapan yang perlu ada untuk scuba, peraturan scuba, keselamatan semasa scuba dan sebagainya.

Amboi, seronoknya BBQ Dinner di tepi pantai. Sesuai sangat lah untuk yang sedang dalam mood bulan madu. Romantiknya dengan bertemankan cahaya bulan dan lilin.

Satu lagi aktiviti yang mencabar diri adalah bermain rakit buluh. Mula dari ikat tali, bawa rakit ke laut, kemudi dan patah balik, naik ke darat, leraikan balik tali rakit. Biasanya jabatan, agensi atau syarikat buat hari keluarga akan sertai aktiviti ini. Jadi, kita boleh lihat siapa yang boleh bekerjasama, siapa yang boleh bertahan, dan siapa yang boleh dipercayai.

Macam team MamaEma dapat nombor satu di laut, tapi tak semestinya akan juara. Kalah semasa leraikan tali sebab dah penat berteriak kat laut. Hahaha..masih ingat lagi.. mula-mula nak ikatkan rakit semangat berkobar-kobar…sana sini excited. Lepas kemudi rakit, habis segala tenaga…suara pun dah tak dengar masa leraikan tali.

Bagi yang plan nak ke Terengganu untuk bulan madu menginaplah di Legend Cherating. Bagi yang plan nak anjurkan Family Day ke, Team Bulding ke, Seminar ke atau apa-apa saja.. carilah Legend Cherating. Boleh terus hubungi terus Director of Sales : Encik Meor Amran . Memang sporting Encik Meor melayan karenah kami yang ramai ni.

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,26080, Kuantan, Pahang, Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “Hotel Di Cherating Terengganu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge