Hari pertama sekolah

Hari Pertama

Walaupun hari ni hari kedua sekolah bermula tapi bagi Aqeel Syafiq ia adalah hari pertama. semalam pergi tadika hanya untuk membayar yuran dan mengambil uniform saja.

Bangun awal pagi sangat mudah bagi Aqeel sebab sudah biasa..kat rumah dialah orang pertama yang akan mandi dulu. “Mama, adik tak nak pergi sekolah, adik nak pergi rumah nenek”. Terpacul dari mulut Aqeel pagi tadi… tapi bila lepas mandi dan pakai uniform terus dia bersemangat dan cakap “macam baju polis”.

 

 

Aqeel baru berumur 5 tahun dan belajar di tadika yang sama dengan kakak Azwa sebelum ini. Kakak mula belajar kat sana masa umur 4 tahun lagi..beza sangat anak perempuan dengan anak lelaki…lebih-lebih lagi si Aqeel ni adik…manjalah sikit.

 

 

Biasakan Diri

Bila masuk dalam kelas, Aqeel suruh tunggu dan duduk kat kerusi sebelah tu. Tapi dah leka main lego, barulah okey. itupun tak bercakap pun dengan kawan sebelah. nak ambil lego pun hanya tarik bakul. Tunggu kat luar sambil intai ikut tingkap, Aqeel nampak ayahnya..terus laung “ayah balik lambat”…ayat masih lintang pukang lagi..maksud dia minta ayahnya ambil lambat. Harap Aqeel rajinlah nak pergi sekolah.

About emarieys

Ema has written 1135 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge