Logo KBBA

Gold Coast Australia belum sampai lagi. Gold Coast Morib dah. Doa-doa lah kat aku dapat posting ke Australia ke. Adik pula tengah bercuti di sana dah tiga minggu. Telan air liur tengok gambar-gambar yang dia hantar di whatsapp buah fresh bagai.

Tak bermalam pun di Gold Coast Morib ni. Gerak awal pagi dari rumah untuk hadir bengkel fail meja. Bawa abang Aqeel seorang. Ayra tinggal rumah pengasuh, kakak Azwa kebetulan ada kem. Aku seharian dalam kelas, abang dan ayahnya seharian mandi kolam.

Gold Coast Morib08

Gold Coast Morib ada taman tema air. Harga tiket untuk dewasa RM 25 nett ( 12 tahun ke atas ) , Kanak-Kanak RM 15 ( 2-11 tahun).

Gold Coast Morib04

Aku tak plan pun nak mandi sekali, tapi kolam macam memanggil. Terpaksa rela jadinya. Habis kelas, sempatlah turun kolam atas alasan nak teman aqeel. Bila teringat kes tertelan air masa mandi di Gambang Waterpark, ingatkan dia dah fobia nak mandi kolam. lagi bersungguh ada laa…boleh pergi sendiri main gelongsor.

Gold Coast Morib07

Gold Coast Morib01

Jangan kecam aku yea. Jadi anak-anak sementara. Segan juga nak turun gelongsor ni. Si Aqeel tak berenti mengajak “jomlah, mama..lawan gelongsor”.

Gold Coast Morib02

Aku sangka tidaklah licin sangat gelongsor ni macam tak ada air. Sekali aku gelongsor, memang tak ada break.. Habis merecik air kat orang. Malu omak wey. Malu-malu pun ada dua tiga kali juga aku naik…hahahaha.

Gold Coast Morib03Lokasinya dah cantik, cuma air pantai kat sini tak boleh mandi manda. Air sangat kotor. Seronok mandi taman tema air je.

Gold Coast Morib10

Balik dari Gold Coast, singgah beli ikan segar. Memang puas hati, ikan baru naik ke darat. Plan nak bawa family berbbq kat morib. Rumah penginapan persekutuan ada kat sini. Tak jauh dengan Gold Coast Morib ni.

About emarieys

Ema has written 1033 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “Di Sini Gold Coast Morib”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge