Mandi kolam lagi ni…manalah tak terbakar kulit anak oii..stress mama ko ni anak weii. Tak sangka pula kat apartment pun ada kolam renangnya. Alang-alang anak pun dah nampak kolam, terus cakap “esok nak mandi sini”.. Bertabahlah mamanya.

Esok, pagi-pagi ada senamrobik..tapi nampak ramai yang tak join..masih kepenatan agaknya.. masa inilah anak-anak lagi sekali terjun kolam..menggigil-gigil kesejukan.. Aqeel sampai mengalah cepat..dah ajak masuk ke bilik.

Hah, ambik..gigil sejuk kan..orang lain tak terjun kolam lagi..korang  dah terjun..Bising jugalah mulut MamaEma..nak ajak naik pun..tunggulah sampai sarapan pagi.. Tak kuasa nak turun naik haih.. Tak lama, sarapan paginya sampai.. sarapan dengan nasi lemak dan kuih keria..nasi lemak sedap..kuih keria pun sedap.. macam kuih keria yang viral tu lah…sangat lembut.

Abang Aqeel memang surrender..dah tak turun dah..lain pula si kakak ni.. sanggup turun balik semata-mata nak mandi kolam lagi..terpaksalah MamaEma pun turun balik..bawa turun Ayra sekali.. Ayra pun dah bangun tidur.

Dah nampak mentari dah naik tu…cukup-cukuplah berendam dalam kolam tu kakak oii.. naik lah..nak balik dah ni.. dalam keadaan dah nak balik pun..sempatlah haih, posing-posing..

Freeport A Famosa Outlet

Sebelum balik KL, sempatlah singgah di Freeport A Famosa Outlet. Keluar sikit dari A Famosa Resort jea.. Pusing-pusing tengok apa lah yang menarik di sini. Orang yang suka shopping, memang seronoklah..Banyak outlet barangan branded dan harga murah. MamaEma tak beli apa-apa pun.. ronda saja kat dalam ni.

Itu sajalah yang menarik kat sini.. tempat orang yang suka beli belah.. lagipun orang pun tak ramai. Nak ronda-ronda pun okey..Tapi kami ni penat, penat jalan sambil dukung Mek Ayra.. Dia memang lah sangat…malas nak jalan. Bergilir dukungkan dia yang beratnya lebih 12Kg.

Banyak tempat menarik yang ada di Theme Park A Famosa Resort sebenarnya, Tak cukup masa nak pergi semua tempat. Ada Cowboy Town, Ada Safari Wonderland, Ada Old West dan banyak lagi. Boleh layari laman web https://www.afamosa.com/ untuk lebih details.

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

10 thoughts on “Freeport A Famosa Outlet, Apa Yang Menarik Di Sini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge