Pasal t-shirt biru yang MamaEma share jumaat lepas, sebenarnya MamaEma pergi ke Water Theme Park A Famosa Resort, Melaka. Sambutan hari keluarga anjuran pejabat Mr. Ery. Hari Sabtu lepas, ramai yang sangkut jem sebab ada kemalangan maut di susur masuk Senawang. Lori tanker bawa asid terbalik. Laluan KL-JB dan JB-KL kedua-dua arah tutup. Memang sesak.

Nasib baik turun dari rumah awal. Dah nampak traffic mula slow terus masuk tol Port Dickson. Dengan bantuan waze, keluar susur Senawang. Masa keluar dari tol dan masuk highway, kelihatan jentera bomba berderet..dan laluan bertentangan tiada kenderaan yang lalu. Rupanya, laluan dah ditutup, semua kenderaan dari JB-KL kena masuk tol Pedas-Linggi.

Hari Keluarga JTM.

Mengikut jadual, ketibaan staf dan ahli keluarga sepatutnya jam 10:00 pagi, disebabkan ramai yang masih belum sampai..terus anak-anak mandi kolamlah dulu.

 

First, check point sini dulu. Orang pun masih tak ramai lagi. Nak masuk parking kena bayar RM3 per entry yea. Kalau keluar masuk dengan kereta, kena bayar setiap kali masuk lah. Keluar masuk dari water theme park untuk ambil barang kat kereta boleh saja.. tak perlu beli tiket lain pun. Sedia maklum, mana-mana theme park memang tak dibenarkan bawa masuk makanan dari luar.

 

 

 

Berhenti di bangku, pakaikan pas masuk ke theme park dulu. Harga tiket untuk ke theme park, MamaEma tak pasti berapa harganya sebab pas masuk ini dah diberi awal lagi sebelum ke Melaka.

 

 

 

Tergedek-gedek Mek Ayra tu jalan laju ke depan. Ingatkan Ayra tak lepas dengan ketinggian, nasib baiklah masih belum capai ketinggian untuk beli tiket. So, tahun akan datang dah kena kira harga. Cepatnya kamu membesar dik.

 

Manalah semua orang ni?

 

Bila ramai yang belum sampai, aktiviti sukan pun tak boleh nak mula lagi makanya MamaEma teroka dulu apa yang menarik kat Water Theme Park A Famosa Resort.

 

 

 

 

Orang sekarang ambil gambar dah tak pandang kamera kan. So kita tiru lah.

 

 

Apa yang menarik di A Famosa Resort

 

 

Lebih kurang dengan Bangi Waterpark juga, tapi kat Bangi masih baru dan jadi tarikan ramai. Kat sini, ada sesetengah tempat tengah renovation.

 

 

Amboi Mek Ayra sama naik mengintai orang di celah pokok. Si ayahnya sedang panggil kawan-kawan yang baru sampai tu. Memang sakanlah anak-anak mandi kolamnya. Si kakak dan abang, dah boleh biarkan mandi sendirian. Si Ayra sorang saja yang kena tunggu..itupun kena paksa. Dia takut nak turun masuk kolam. Puas disuruh, tak nak langsung. Menangis terus.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Family Day Anjuran Jabatan Teknologi Maklumat (JTM)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge