EPHYRA PILIHANKU

posted in: Contest | 0
Kongsikan Artikel Ini

ephyra-duta_image1_blog-denaihatiEPHYRA ✔️CANTIK ✔️SIHAT ✔️BERTENAGA

Produk EPHYRA dan macam bom atom. sana-sini masing-masing bercerita KEBERKESANAN EPHYRA setelah mencubanya sendiri. Aku juga yang tak pernah cuba lagi. Menarik sangat ke produk ini hingga entri setiap blogger yang aku kenal memberi pandangan positif tentang EPHYRA.

Jadi, aku pergi teroka blog rasmi EPHYRA di www.oceanlife2u.com . Tambah informasi lagi, aku teroka lagi di Instagram dan http://m.facebook.com/oceanlife2u . Semuanya memberi komen yang positif. Wah, memang hebat!!!.

Selepas aku teroka, ini yang aku dapat. Apakah kelebihan menggunakan EPHYRA?

  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?

  • Umur 25 dan ke atas
  • Kulit Kering & kedut
  • Kulit kusam & kendur
  • Pigmentasi dan kulit bermasalah (jerawat)
  • Proses Pemulihan lambat
  • Mudah Rasa Penat
  • Daya Ingatan Merosot
  • Sakit-sakit badan / sendi
  • Metabolisma rendah

Ephyra Pilihanku

Dengan tagline 100% BERKESAN, aku teringin nak mencuba produk EPHYRA ini. Aku ada juga tanya blogger yang menjual produk ini. Soalan pertama, mestilah aku tanya tentang harga. Oh, boleh tahan juga harganya, tapi blogger itu cakap boleh beli yang set percubaan ada 10 peket. Aku tanya lagi rasanya macam mana? Sedap, rasa macam oren. Yang penting HALAL.

Aku bukan apa, kalau aku beli aku tak boleh nak telan sebab aku jenis yang tak suka makan ‘ubat’ jenis cecair tapi kalau bentuk pil telan 10 biji pun tak apa.

Kenapa aku nak cuba produk EPHYRA? Aku terus teranglah, sebab contest ini ada hadiah dari produk EPHYRA, nak tunggu aku beli entah bila pun aku tak tahu. Kedua, aku setakat ini Alhamdulillah, tak ada masalah jerawat yang ketara. Jerawat halus-halus memang banyak lebih-lebih lagi bila bendera merah. Tapi aku nak kulit wajah aku gebu biar suami cubit pipi pun rasa keGEBUAANNYA. Lagi satu, aku nak cuba untuk merawat tumit kaki aku ini. pecah teruk. nak pakai selipar pun aku malu.

Ada testimoni yang pernah aku baca, minum produk EPHYRA boleh mengandung. Aku sekarang memang nak tambah anak lagi. sejak tahun lepas, aku nak mengandung tapi rezeki masih belum ada. Anak kedua dah umur 5 tahun, elok sangat aku tambah seorang lagi, dapat kembar lagi aku happy. Lepas aku dah berhenti makan pil perancang, aku punya period dua tiga bulan sekali tak datang. Mula-mula tak datang lama, aku sangka dah mengandung. Tapi, beli urine test, tetap negatif. Sampai satu tahap, aku beli urine test sampai 6 kali. Aku pergi jumpa doktor pakar, doktor pakar check semuanya tak ada masalah. Doktor berikan aku ubat hormon. Lepas makan ubat hormon, memang period aku datang. Itupun sekali dan lepas itu terus tak datang-datang pun. Aku beli urine-test lagi tetap juga negatif.

Ini mak blogger Ina .Aku dah minta kebenaran dengan ina untuk ambil testimoni dari entri dia.

Mak Blogger InaMak Ina mengalami masalah kulit wajah berjeragat. Baru cuba produk EPHYRA sebulan, jeragat mak ina dah berkurangan. Korang boleh baca kat SINI untuk lanjut. Ini yang aku print skrin. Terima kasih ina.

testimoni ephyra lagiJuga testimoni dari blogger ina

testimoni produk ephyraMari layan video duta produk EPHYRA iaitu Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Jatuh cinta beb. Not dengan norman tau, tapi produk EPHYRA.

Apalagi, seronok tak kalau dapat peluang untuk mencuba produk EPHYRA. Memang seronok lebih-lebih dapat FREE. hehehehe. Tak dapat tempat pertama, dapat saguhati pun dan senang hati.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama

  • Tajaan untuk 3 bulan kotak Premium Ephyra ( 3 kotak ephyra 30 sachets bernilai RM 591) + RM300 + Tshirt eksklusif Ephyra

Tempat Kedua

  • 1 Kotak Pek Premium Ephyra (30 sachets) bernilai RM197 + wang tunai RM200 + Tshirt eksklusif Ephyra

Tempat Ketiga

  • 1 Kotak Pek Premium Ephyra (30 sachets) bernilai RM197 + wang tunai RM100 + Tshirt eksklusif Ephyra

Hadiah Saguhati ( 4-10)

  • 1 Kotak Pek Premium Ephyra (30 sachets) bernilai RM197 + Jusco Voucher RM10 setiap seorang.

Hadiah Saguhati (11-20)

  • 1 kotak pek trial ( 10 sachets ) bernilai RM68.

Penyertaan ini untuk peserta Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 sahaja dan limit 100 penyertaan. Aku join untuk memeriahkannya. Bukan apa, walaupun aku peserta, aku sendiri belum pasti dapat datang ke tak majlis #SBBYeos2014 ini.

Tentang emarieys

Ema has written 1440 post in emarieys.com.

Saya Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery. Menulis blog sebagai kenangan hasil dari pengalaman.

Leave a Reply

CommentLuv badge