Ekzema Pada Bayi Kesian Tengok Keadaan Bayi 6 Bulan Ini

Kesian baby ni, baru usia 6 bulan. Sedih MamaEma tengok bayi 6 bulan ni alami masalah kulit. Mungkin disebabkan ekzema dan psoriasis. MamaEma terpanggil untuk bantu bersama. Memetik dari status mak saudara bayi kecil ini.

 

 

Assalamualaikum ada sape2 tau nak rawat anak saudara saya adik Muhammad Amar Danish. Dah macam cara dah wt tapi tak de hasil. Makin tambah teruk lagi dah 6 bulan lebih…siang malam nangis gatal seluruh badan.. Garu sana sini tak tahan tanggung sakit…Tolong pakat share ramai2 yea..Harap dapat membantu.. 0125647985 (ain) dan 017-5151082 (farah)

 

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya “meradang” atau “bersemarak”. Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan.

Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

 

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah – di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

 

SOURCE: BABYCENTER

 

Rawatan alternatif yang lain.

Menggunakan Bedak Asmak. Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Satu-satunya produk merawat ekzema yang pertama berasaskan bedak. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Diperbuat dari tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia. Diproses dan dimurnikan sehingga ianya selamat dimakan. Tiada campuran bahan kimia – 100% semulajadi.

 

 

Kelebihan Bedak Asmak

  1. Diperbuat dari bahan semulajadi 100% dan bebas bahan kimia berbahaya. Produk ini dihasilkan dari tanah liat putih berkualiti tinggi.
  2. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.
  3. Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi.
  4. Merawat ruam pada bayi, ekzema, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain.
  5. Juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu. Boleh dijadikan bedak sejuk dan dipakai setiap malam sebelum tidur.
  6. Mempunyai kadar UVA yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.
  7. Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
  8. Boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout. Ianya selamat dan suci.
  9. Teksturnya lebih halus, mudah serap dan sejuk bila dipakai

 

Sama-samalah kita doakan adik Muhammad Amar Danish cepat-cepat sembuh dari masalah penyakit kulit ekzema ini.

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

4 Comment

  1. Bagus juga tu bedak tu mungkin boleh cuba untuk merawati masalah adik ini
    Khairul recently posted…10 Artikel Popular Sepanjang 2016My Profile

  2. try guna shaklee. hihi

  3. try consume sabun atau buih mandian dari cosmoderm…ada yang sesuai utk ekzema
    Suria Amanda recently posted…Resepi Sup Ketam Simple Yang SedapMy Profile

  4. kesiannya, pelbagai faktor punca alahan ni…mungkin kene test darah dulu utk tgk alahan kepada apa…
    JebengOtai™ recently posted…Syarikat Automotif China Geely Beli Proton?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge