Dekorasi Meja Makeup Orang Perempuan Mesti Sukalah

Dekorasi meja make-up atau meja solek.

Sejak rumah baru dah nak siap ni, dah mula google nak deko setiap ruang. Memilih nak deko ruang tamu, ruang makan, bilik tidur utama, bilik tidur anak-anak, dapur, tandas dan semualah. Excited lain macam lah bila ada rumah baru. Itupun kalau memang akan stay sana. Jika tak, bagi sewa pada student dulu.

Apa kata MamaEma kongsikan pilihan dekorasi meja make-up. Next, MamaEma kongsi-kongsi yang lain-lain. Orang perempuan memang suka ada meja make-up kan. Banyak sumber yang MamaEma dapat dari google dan facebook. MamaEma suka tengok deko-deko dari group deco rumah ku syurga ku. Semuanya cantik-cantik dan pandai mendeko.

 

Meja Make-Up Tema Putih

Cantiknya warna putih kan. Suci sangat. Bila disusun alat make-up dengan teratur cantiknya tengok. Tapi bila fikir warna putih ni, kena pandai jagalah. Macam MamaEma yang ada anak kecil, lagi-lagi anak perempuan. Di konker meja make-up itu nanti. Habislah jawabnya.. berebut.

 

Meja make-up pun dah pelbagai design. Sekarang tengah popular, cermin make-up ni dipasang lampu putih sekeliling. Barulah nampak jelas nak makeup. Jerawat pun nampak seketul-ketul kan.

Tema putih hitam, orang panggil tema tahi cicak.

 

 

Kalau MamaEma tak bermaknalah letak barang make-up dalam laci macam ni. Mula-mula tersusun tak sampai seminit konpem terabur. Tidaklah banyak macam ini sekali barang make-up MamaEma. yang ada sekarang ini pun tak cukup masa nak pakai. Tak sampai pun 5 barang.

Kalau gini gaya letaknya.. memang tak kasi anak-anak masuk biliklah.

 

Mak-mak ada minat pink ke? Mesti ada kan…pink memang kegemaran orang perempuan tak kisah yang belum kahwin atau sudah kahwin.

Yang mana satu menjadi pilihan ni. Kebiasaannya, beli set bilik lengkap ada terus meja make-up kan. MamaEma berkenan sangat warna putih. Walaupun tahu agak cerewet untuk menjaganya.

 

About emarieys

Ema has written 976 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

4 Comment

  1. Wah.. mmg cantik mejanya.. lagi2 cermin yg siap ada lampu tu…
    psst: makin lama leee melaramnya nenti… heee

  2. memang idaman wanita kan ema, skrg ni simpan kat dalam drawer je make up tu, kalau letak atas ada tgn yg gegatai 😉
    ajumohit recently posted…Resepi sambal tumis ikan bilis yang sedap dan mudahMy Profile

  3. wahhh, cantiknyaa nak2 yang warna pink tuu. sukaa2

Leave a Reply

CommentLuv badge