Penting adanya name cards bagi seseorang individu walaupun sekarang semua di hujung jari saja. MamaEma pernah beberapa kali tempah name cards. Tahun akhir buat name cards tahun 2014 dan sehingga sekarang masih berbaki satu bekas. Yealah, MamaEma bukanlah selalu join mana-mana event sebelum ini. Sejak join team Kelab Blogger Ben Ashaari, barulah mula aktif. Terima kasih KBBA9 yang banyak bagi peluang.

 

Tempah Name Cards

Name cards yang masih berbaki dah segan nak diberikan pada orang lain. sebabnya, ada kalendar tahun 2014 di belakang name cards. tahun dah lama lepas. lagipun details pun ada tukar. Pernah pergi event, ada yang minta name cards, sayangnya masa tu MamaEma tak ada name cards nak kasi. Terasalah kesal kat situ. Betapa pentingnya ada name cards walaupun sekadar part time blogger.

 

Name Cards Percuma dari Pixajoy

Terus terang tak pernah dengar Pixajoy, ketinggalan keretapi ke ni? Pixajoy menawarkan tempahan name cards secara percuma. Mula tu, tak percaya. Betul ke percuma ni? Selepas baca entri Cikgu Ita, terus nak juga ada name cards yang baru. Nak juga name cards percuma, MamaEma terus ke lama web pixajoy.

 

Cara Tempahan Name Cards Dengan Pixajoy

Sangat mudah cara tempahan dengan Pixajoy. Okey, MamaEma terangkan step by step.

1st Step – Buka laman web pixajoy. Klik bahagian product. Klik Name Card

 
 

Step 2 – Register melalui emel, google atau facebook. Nombor TAC akan dihantar melalui nombor handphone yang didaftarkan. Limit hanya sekali sahaja tau.

Step 3 – Pilih untuk bentuk landscape atau potrait. Ikut citarasa sendiri. Ada 3 jenis kertas yang boleh dipilih sama ada Gloss Lamination, Matte Lamination atau Free Card Super White. Perbezaan kualiti kertas ketiga-tiga jenis ni.

Gloss Lamination – Permukaan berkilat dan jelas. Perlindungan daripada air dan warna tidak pudar.

Matte Lamination – Rata dan anti cap-jari.

Free Card Super White – Kad yang dapat ditulis dengan mana-mana pen tandatangan.

 

Design Sedia Ada

Untuk paling mudah, pilih sahaja design yang disediakan. Banyak pilihan dan semuanya cantik-cantik. Antaranya:

  1. Personal Social Cards
  2. Art & Design
  3. Beauty & Spa
  4. Education & Kids
  5. Fashion
  6. Food & Beverage
  7. Service Maintenance
  8. Appreciation
  9. Event & Party
  10. Wedding
  11. Parents Cards

 

 

Kenapa MamaEma syorkan pilih design yang sedia ada? Sebab tak perlu fikir lama nak buat design sendiri, lainlah kalau diri sendiri memang mahirkan. Jika pilih design yang sedia ada, kita cuma tukar gambar dan edit details sahaja. Selepas pilih design, akan keluar paparan editor untuk edit.

 

 

Suka letak gambar sendiri di name cards, uploadlah gambar dulu. Pilihlah gambar yang terang. Jangan risau bila kita upload gambar, tetiba tak nampak muka yang comel tu. Klik dekat gambar tu, gerakkanlah kotak yang bergaris-garis dan letak tempat gambar yang nak.

 

 

Lepas tu, boleh edit bahagian details untuk dimasukkan ke dalam name cards. Jika ada yang korang tak nak, boleh delete. Font dan size font pun boleh tukar.

 

 

Dah puas hati dengan design name cards. klik bahagian my cart. Jangan terkejut bila tadi kata percuma, dalam my cart diperlukan bayaran lebih kurang dalam RM8. Bayaran itu untuk khidmat pos. Hello, tak akan postage pun nak percuma kan… Selepas pembayaran dibuat, masukkan details alamat untuk diposkan. Dan tunggu name cards sampai kat tangan.

 

 

Tak sampai seminggu  name cards yang ditempah sampai. Memang puas hati sangat dengan khidmat pixajoy ini. Dahlah name cards percuma, kualiti pun sangat bagus. servis pula sangat tip top. Yeah, MamaEma dah ada name cards baru.. korang bila lagi. cepatlah grab. Sehari limits untuk 50 person sahaja.

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

22 thoughts on “Dapatkan Name Cards Percuma Dari Pixajoy Jangan Lepaskan Peluang Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge