Assalamualaikum. Semalam lepas berbuka puasa rasa lain macam kat perut. Rasa tak sedap. Nak kata sakit perut membuang, bukan pula. Nak kata kembung masuk angin, pun bukan, tak sedawa. Macam terlebih isi makanan semasa berbuka puasa. Perut rasa sebu semacam. Mana tidaknya, tak beringat makan waktu berbuka, “sumbat belako, ore kelate kato”. Makanan masuk dalam perut berlebihan masa perut tengah kosong. Itu yang perut rasa lain macam. Memang tak selesa dibuatnya.

Nasiblah ada sebotol cuka epal yang ada campuran madu di rumah. Minum segelas baru rasa lega. Di rumah, Mr.Ery yang selalu minum cuka epal sebab dia selalu ada angin dalam badan. Pernahlah Mr.Ery masak ikan pakai cuka epal. Tak sangka pula, suami sendiri pandai buat resepi dengan cuka epal ini. Boleh tahan sedap rasanya.. mestilah bagi pujian kat suami. Setakat yang MamaEma tahulah, hanya cuka masakan yang jernih tu saja. Yang selalu MamaEma guna untuk makan ‘colek’ buah. Tak sangka pula cuka epal boleh diminum dan banyak kelebihannya..

Kelebihan Apple Cider Vinegar (ACV)

Selepas MamaEma google, banyak kelebihan cuka epal sebenarnya. Memang perlu setiap isi rumah, ada cuka epal ini untuk kesihatan yang baik. Cuka Epal dari Surya Malaysia adalah berbeza dari cuka epal yang lain kerana cuka epal mereka ada penambahan dengan madu asli. Ia diperbuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan insulin. Cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai pengawet semula jadi.

Kita pun tahu cuka itu masam. Jadi, sebagai pemanis di dalam cuka.. produk Surya Malaysia telah mencampurkan madu di dalamnya. Pemanis semulajadi yang terkandung dalam madu dari fruktosa dan glukosa juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ada sejumlah kecil vitamin dan mineral.

Sesuai untuk diminum ketika waktu berbuka

MamaEma pun tak sangka perut sebu hilang selepas minum cuka epal campuran madu ini. Awalnya, risau juga boleh ke aku minum airnya, takut termuntah nanti.. MamaEma ni jenis penakut makan apa-apa jenis ubat mahupun supplement berbentuk cecair. Isssh, janganlah korang ketawakan MamaEma pula. Dah tak tahan sangat, MamaEma pergi dapur ambil botol cuka dan gelas. MamaEma pun tengoklah pada botol tu yang disertakan cara-cara untuk minum. Mudah sangat caranya, dua sudu cuka epal dicampurkan dengan 180ml air. Korang agak-agaklah. Tapi MamaEma letak lebihlah.. Minum kali pertama, macam tak rasa apa-apa..MamaEma tambah lagi sudu cuka epal..barulah rasa sedap minum. Memang sedaplah airnya. Macam air botol perisa zappel yang dah habis gas..hah, macam itulah rasanya.

Oh ya, cuka epal boleh dicampurkan ke dalam jus buah-buahan semasa berbuka puasa. Minum dengan ais ketul pun boleh. Minum sejuk lagilah sedap kan.. Okey, nanti balik MamaEma try pula. Cuka epal ini dapat membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda.. Memang hebatkan..

Harga dan Cara Dapatkan Cuka Epal Surya

Sebelum terlupa, korang janganlah risau yer..Cuka Epal Surya ni dijamin halal oleh pihak JAKIM. Minumlah tanpa was-was dan demi untuk kesihatan korang. Itulah visi dari Surya Malaysia iaitu “Kesihatan untuk semua”. Menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang selamat, murah dan berkesan untuk semua. Cuka epal surya dengan madu asli bersaiz 450ml dengan harga RM21.09 sahaja. Boleh dapatkan di Watson, Himalaya Outlet dan secara atas talian di laman web Lazada dan Shopee. Sangat mudah bukan.

 

Untuk lebih informasi terkini bolehlah tekan “Like” di

Facebook : Facebook Official Fanpage

@

Instagram: Surya.Malaysia

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 thoughts on “Cuka Epal Campuran Madu Dari Surya Malaysia Hilang Rasa Sebu Di Perut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge