Entry tersangkut lama kat sini!!!! new entry…please scroll down

As Salam semua
First time, saya nak buat contest… yang hari tu teka teki kan…yang ni sama seperti orang-orang lain yang buat tue….

Bukan apa, nak mengeratkan silaturahim di kalangan blogger-bloger kat dalam alam maya ni

Lagipun, saya takut…saya tak terupdate blog nanti…al-maklumlah hari sabtu ni (26 Feb 11) saya dah gerak ke Melaka… seminggu kat sana…. urusan kerja rasmi….motif : alasan

syarat-syaratnya… susahlah sikit yer…tak macam dulu tau (banyak pula cikadak nya)

are you ready??

Syarat-syarat yang harus dipatuhi:

1. Orang Malaysia & Alamat Malaysia (yang tinggal kat oversea tu boleh kasi alamat Malaysia)

2. Boleh jadi follower saya tak?…bolehkan…..

3. Buatlah entri pasal contest ini dengan tajuknya ” Contest Anakku Menangis Comel”.

4. Pastu tinggalkan link contest korang tu kat komen sini…bukan komen kat entri lain. susah saya nak cari nanti…. tinggalkan alamat emel lagilah senang hati….

5. Jangan lupa letak banner saya ni kat entri korang tau. dan jangan pula lupa upload gambar anak yang nak join tu….

6. Bagitahulah nama anak dan nama ibu/ayah yer.. umur anak juga

7. Last sekali, kenalah tag 3 orang kawan…. barulah meriahkan

tentu ada akan tanya soalan-soalan camni

1. boleh join anak umur berapa ni?

jawapan : anak umur antara 1-2 bulan…boleh??…. gurau jer.. anak dari 1 hingga 4 tahun saja…

2. kalau yang tak ada anak?

jawapan : yang tak ada anak…tak payahlah masuk….hehehee…gurau lagi…. joinkan anak saudara tapi tak baiklah tipukan…manalah tahu..di letaknya anak Brad Pitt ke….naya orang lain….

3. kalau anak saya ramai?

jawapan : 10 orang ke?….isshh, ramailah tue…. boleh2x…tak ada masalah…just letak dalam satu entri saja….

ada soalan yang lain ke?

dah jelas kan….

so… selamat berjaya!!!!

T/Tutup : 01/04/2011

hadiah???

maybe from Melaka

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge