Coffee Societe @ Publika, Kuala Lumpur Hidangkan Set Ramadhan Murah

MamaEma ini orang kampung, biasa makan nasi putih dengan budu. Sinonim dengan orang Kelantan kan.. Walaupun selalu stay di hotel atas urusan kerja, tapi masa makan tetap juga cari nasi putih. MamaEma tak pernah pergi makan di tempat-tempat yang high class. Satu sebab takut dengan harga yang mahal dan satu sebab tak biasa pergi tempat yang agak-agak high taste ni. Takut tak kena dengan selera anak tekak orang kampung macam MamaEma.

Hurmm, tapi sampai bila tak nak merasa? Lebih-lebih lagi dah lama bekerja di Kuala Lumpur, ada pelbagai jenis restoran dan kedai makan. Macam sekarang adanya cafe hipster. Eh, maksud hipster ini pun MamaEma tak tahu. Nampak sangat aku ni orang kampungkan.

Baru-baru ini, MamaEma berpeluang pergi ke tempat makan bercirikan cafe di Coffee Societe di Publika, Kuala Lumpur. Dengar saja nama Publika, dalam fikiran dah set tempat exclusive ni. MamaEma tidak keseorangan pergi ke sana. MamaEma bawa teman sehati sejiwa MamaEma. Siapa lagi kalau bukan Mr. Ery. Dia pun first time juga nak cuba makanan ala-ala cafe ini.

Perjalanan yang tidak jauh dari pejabat MamaEma. Tapi hari itu, hujan sangatlah lebat dan jalan terlalu sesak. Perjalanan yang sepatutnya makan masa 15 minit tapi terlajak ke 1 jam. Teruja pula dapat pergi ke Publika. Hahaha. Melilau mata mencari lokasi Coffee Societe yang terletak di Block D. Dengan bantuan google maps “You Have Reached Your Destination”. Nampak ada ruang parkir kosong, terus park. Tapi, google maps ada yang tak betul juga, diberhentinya di Block B. Siap kena tanya orang, barulah betul. Kena pandu kereta ke depan dan pusing block C, laluan straight. naik pusing ke atas macam nak ke laluan parking. barulah akan jumpa block D. Eh, korang boleh bayangkan tak? Yealah, nanti korang juga akan ke sana kan.

Coffee Societe Publika Menu

Panjang pula mukadimah MamaEma nak sampai ke sana. Walhal korang lebih teruja nak tahu menu apa jer kan. Okeylah…ini antara menu-menu yang disediakan di Coffee Societe Publika. Korang akan teruja nanti tengok menu yang ada di sini. Dah teruja, kenalah pergi sana.

Quick Seared Lamb Shoulder

Semua nama menu panjang-panjang. Marilah MamaEma translate cara orang kampung punya style gitu. Menu Quick Seared Lamb Shoulder . Ini kambing bakar sebenarnya. Sedap dan lembut sangat daging kambing bakar ini. Ayam bakar pun ada, tak sempat MamaEma nak snap gambar.

Poached Egg on Sourdough with Smashed Avocado

MenuĀ Poached Egg on Sourdough with Smashed Avocado pula roti yang disalut dengan avocado bersama telur rebus.

Smoked Salmon on 3 Eggs Scramble & Sourdough

Smoked Salmon on 3 Eggs Scramble & Sourdough, ikan salmon salai, bersama telur scramble.

Spaghetti Carbonara with Chicken Ham, Mushroom & Parmesan

Spaghetti Carbonara yang lemak berkrim dihidang di atas pinggan yang besar. Errm….sedapnya. Oppss, puasa. Korang patut makan yang ni, kuantitinya banyak…sedap lemak-lemak berkrim lagi.. Pada yang suka makan cheese tu memang tak bangun dari tempat duduklah jawabnya.

Spaghetti Carbonara with Chicken Ham, Mushroom & Parmesan
Mochatella
Cappuccino
The Son – Nutella with hints of Hazelnut

Selain menu untuk makan, menu untuk minum pun memang menyegarkan. Antaranya Mochatella iaitu gabungan kiub coffee, nutella dan susu. Nak minum, tuangkan susu ke dalam gelas yang berisi kiub coffee chocolate tu.. memang marvelous sangat. Ada cappucino dan paling MamaEma sangat teruja ada minuman The Son – Nutella with hints of Hazelnut. Maaf, terasa macam jakun sekejap minuman tu ada di depan mata. Shrink yang tersedia itu untuk menikmati coklat yang ada di bawahnya.

Set Ramadhan di Coffee Societe

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Coffee Societe ada menyediakan Set Ramadhan dengan harga RM25 sahaja. Set ramadhan ini terdiri dari Ayam Kapitan with Fish Kerabu & Orange Rice, Teh Tarik Milk Tea with Bubble Pearl dan Kuih Muih. MamaEma ingatkan ianya nasi kunyit atau nasi ayam, tapi kelainannya adalah pada nasi oren..rasa ada sedikit rasa oren dengan ayam kapitan. Kerabu ikan pun sedap. Mr.Ery orang yang jenis tak makan ayam, boleh pula di habiskan sepinggan set ramadhan ini. Sedaplah tu… Nanti datang lagi... “Awak belum belanja saya lagi bulan puasa ni”?

Sekali sekala, dating berdua-duaan dengan belanja makan apa salahnya. Dengan suasana yang tenang dan selesa, kenangan couple dan bercinta dulu-dulu mesti dikenang-kenangkan. Yea tak? Apa-apa pun memang terbaiklah makan di sini. Boleh datang lagi, nanti bawa anak-anak sekali lah kan.. anak-anak pun nak juga rasa makan makanan ala-ala cafe ni juga. nanti dah besar tak biasa, jadi macam MamaEma..jakun.

Yang mana teringin nak merasai makanan dan minuman di Coffee Societe @ Publika, Kuala Lumpur ini alamatnya:

D4.G3.3A, Floor G3, Block D4,

Publika, Solaris Dutamas

1, Jalan Dutamas,

50480 Kuala Lumpur

Facebook: https://www.facebook.com/CoffeeSociete

Open : 10:30 AM to 11:00 PM

Perut pun sudah kenyang. Jom balik. Terima kasih pada #KBBA9 dan Bella, Yanie, Afiq, Shazillah dan Kak Azni. Alhamdulillah semua gembira dalam kekenyangan.

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. Anuar says:

    Fuhhh.. Menariknya menu-menu yang dihidangkan…. Terutamanya… Erk.. Air apa tu??

  2. qaseh says:

    Menyelerakan betul makanan dia gulpp

  3. lisak says:

    oh ada spagheti gak.. banyak gak ye makanan disana.. hehhee

  4. Fuyoooo… the son tu sgtlah mengiurkannnn

  5. Huhuhu.. makanan semua nmpk sedap.. especially kambing bakar tu.. sgt menggoda..

  6. mas saari says:

    Menarik set Ramadhan tu, harga pun berpatutan!

  7. titan says:

    itu air ke makanan tu?

    besaqnya gelas.

    haha..

  8. Boleh tahan juga menu-menu nya menguji tahap keimanan betul

  9. ajumohit says:

    sedap semua menu tu ema, memang kenyangla dapat hidangan macam ni

  10. Fuh.. Tengok menu2 macam ni di bulan puasa memang menguji betul.

  11. mrhanafi says:

    Fulamak.. Menunya memang menyelerakan..

    Tengok sahaja dah tahu sedap
    mrhanafi recently posted…Cerita Solat Terawih Di Malam RamadanMy Profile

  12. siap ada shringe air tu
    RAIHANAH AHMAD recently posted…Rawat Luka Melecur Dengan CollagenMy Profile

  13. wow sedapnya menu..nak nak boleh detim sekali.. heheh

  14. sedapnya tengok semua menu tu… huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge