Cherating ada kelip-kelip lah. Tak sabar nak tengok kelip-kelip buat kali pertama. Baru MamaEma tahu di Cherating ada tempat nak tengok kelip-kelip atau fireflies. Teruja tau. Nak tengok binatang halus ni, waktu malam lah yea..mana ada di waktu siang. Walau ada pun tak nampaklah kan..Eh, tak pasti lah ada ke tak waktu siang ni…hehehe.

Kredit Photo : Yanie Yusuf

Hafiz Cherating Activities

Hari pertama sampai di Legend Cherating, malamnya kami dibawa ke Hafiz’s Cherating Activities. Dari Legend Cherating ke tempat kehidupan kelip-kelip pun tak jauh, lebih kurang 10-15 minit sahaja perjalanan. Sampai di sana, kami terus diberi jaket keselamatan dan diberi penerangan tentang kehidupan kelip-kelip oleh Encik Hafiz selaku pemilik Hafiz’s Cherating Activities sendiri.

Selesai mendengar penerangan, kami dibawa ke bot untuk menyusuri Sungai Cherating. Dalam keadaan yang gelap, hanya dengar suara-suara cengkerik, enjin bot dan arus air sungai. Kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar dengan kamera, menggunakan handphone malah mengeluarkan apa-apa jenis cahaya sekali pun. Ini kerana ia akan menyebabkan gangguan kehidupan kelip-kelip.

Fireflies Habitat

Menyusuri air Sungai Cherating, mata melilau tengok di pokok-pokok paya bakau. Mananya kelip-kelip ni, tak nampak pun. Eh, tak sabar pula jadinya. Bot perlahan-lahan gerak, mata terus nampak ada cahaya cantik mengelip-ngelip kat pokok-pokok paya bakau. Teruja terus “eh, tu..tu, nampak cahaya” “atas..tu..atas” “eh, sana..atas pokok”  “jantan ke betina” “wah, cantiknya”. Jelas keterujaan masing-masing.

Ralit tengok cahaya, kelip-kelip tu terbang ke arah bot kami. Masa ni, masing-masing semua hulur tangan, angkat tangan nak dapatkan kelip-kelip. Ada tangan yang nampak mudah kelip-kelip ni bertapak, ada yang langsung tak dapat… Kelakar pun ada masa ni. MamaEma masa hulur tangan langsung tak dapat, alih-alih dah tak kuasa nak angkat tangan, tapi ada seekor yang bertapak di bingkai cermin mata. Tengok, tak perlu bersusah payah pun…hahaha. Mak aii, memang kecil dan halus binatang ni.

Hebat tak hebat Encik Hafiz ni, cara dia memanggil kelip-kelip terbang ke arah kami hanya dengan menggunakan suluhan torch light dan suara. Setakat hari ini, hanya Encik Hafiz sahaja yang berjaya memanggil kelip-kelip. Encik Hafiz pernah mengajar pekerja-pekerja buat perkara sama, tapi malangnya semua tidak berjaya. Serasi kan kelip-kelip dengan Encik Hafiz ni.

Boat kami lah paling havoc malam tu.

Kredit Photo : Aznan

Sedikit perkongsian tentang kehidupan kelip-kelip. Kelip-kelip ini ada jantan ada betina. Yang jantan cahaya kelipan besar, manakala betina cahaya kelipan nya kecil. Tapi bila tengok sekali imbas, memang susah nak bezakan. Kelip-kelip memancarkan cahayanya adalah untuk mengawan, berkomunikasi dan sebagai isyarat bahaya. Baunya pula seakan-akan bau binatang kesin.

Hampir 1 jam juga menyusuri Sungai Cherating ni. Pengalaman yang best dan sama sekali tidak akan dilupakan. InshaAllah akan kembali ke sini lagi, untuk melihat kehidupan binatang halus ni. Yang mana nak merasai pengalaman seperti MamaEma, bolehlah hubungi:

Hafiz’s Cherating Activities

7/1156, Kampung Budaya Cherating

26080 Kuantan, Pahang

Contact: 017-978 9256 / 017-940 6898

Email: kohafiz@gmail.com

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Cherating Ada Kelip-Kelip @ Fireflies”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge