Cendol Sedap

Cendol sedap

Tekak rasa haus sangat, kami pergi cari air cendol sedap selepas balik dari kenduri kahwin abang bujang. Dulu, cendol diisi di dalam mangkuk tapi sekarang dah diisi di dalam gelas plastik. lagi senang kalau tak habis boleh bawa pulang dan lebih banyak dari sebelumnya. Harga mestilah berbeza sedikit dari yang dulu. tapi masih dikira murah lagi.

Cendol sedap
Air cendol ini bermula sejak tahun 1980

Pelbagai cendol yang ada cendol biasa, cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah, cendol campur semuanya (pulut, jagung, dan kacang merah) atau dikenali cendol special. Datang sini di hari minggu terpaksa menunggu meja kosong kerana sentiasa akan dipenuhi dengan pelajar-pelajar dari UPNM yang ‘outing’.

Selain gerai cendol, ada satu gerai yang menjual rojak. Rojak pun pelbagai juga seperti rojak biasa, rojak sotong, rojak ayam, rojak mee dan rojak special. Sambil pekena air cendol, pesan rojak biasa sepinggan.

Rojak Special

Pekena cendol dan rojak memang nikmatnya lebih-lebih lagi di bawah pokok yang rendang sambil mata-mata melihat gelagat pelajar-pelajar UPNM. segak-segak belaka.

Gerai cendol dan rojak ini di kawasan pekan sungai besi. Tak ada alamat yang spesifik tapi berdepan dengan kedai emas menuju ke pejabat pos sungai besi.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 921 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

emarieys
Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge