Logo KBBA

Bloglist Untuk BlogWalking

MamaEma ini tidaklah pandai sangat bab-bab tutorial blog bagai. Inipun MamaEma belajar dengan bantuan google. Memandangkan blog MamaEma adalah dari platform wordpress, dah lama MamaEma cari cara untuk letak bloglist dalam blog. Bila dah dapat, MamaEma share status di facebook dah ada bloglist untuk blog emarieys.com, siapa nak masuk list sila tinggal komen. Tapi ramai member MamaEma yang pakai wordpress komen untuk tanya macam mana cara nak letak bloglist dalam blog wordpress.

Sini MamaEma kongsikan cara ringkas saja. Mudah untuk faham. Kalau pakai wordpress, mesti melibatkan plugin. Mesti kena install plugin yang bersesuaian. Dengan menggunakan plugin jugalah, barulah dalam blog emarieys.com ada bloglist.

Step 1

Install plugin RSS Blogroll. Mula tu, risau juga nak install sebab ada tertera Untested with your version of WordPress. Tapi, MamaEma tetap juga install dan ianya berjaya.

Step 2

Lepas active plugin RSS Blogroll. Pergi ke widget, cari widget RSS Blogroll. Dan letak di bahagian yang korang sendiri perlukan. Macam MamaEma semestinya letak di sidebar, mudah nak blogwalking.

Step 3

Masukkan senarai alamat bloglist yang korang nak dalam kotak RSS URLs. Dan pilih samaada nak paparan macam mana.. Korang boleh try and error saja. Nak letak berapa banyak list pun boleh..jika nak letak 5, isikan di kotak maximum Item 5. Kotak Items per feed, yang mana senarai link blog punya post.. If korang letak 2, makanya akan keluar 2 post dari link blog tersebut. Faham ke tak?

Step 4

Save dan selesai.

Ini MamaEma punya senarai bloglist setakat hari ini, ada yang berminat nak join bloglist MamaEma? Berminat tinggalkan link yer. Jika, terlalu ramai, terpaksa MamaEma tolak dengan cara baik dan MamaEma akan letak blog korang kat paparan Link Exchange ini.

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1021 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Cara Letak Bloglist Dalam Blog WordPress”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge