Bila Ayra Leka Dengan Water Magic Painting Book

Anak zaman sekarang benda yang tak diajar pun dah pandai dengan sendiri. Belajar dengan mata. Tengok orang buat apa, tengok orang buat macam mana. Dari situlah dia belajar dan pandai sendiri. Contohnya pandai main gadget seperti handphone. Main games yang ada dalam handphone. Eh, pandai pula gerak-gerak jari nak tekan yang mana satu. Kita pula naik geram.

Macam Ayra ni, memang pantang nampak handphone. Lebih-lebih lagi kalau nampak abang yang pegang handphone. Terus dia buka gear 10 mengamuk dan berebut hendakkan handphone. Nak main games. Bila handphone dah ada di tangan dia, cepat-cepat MamaEma minta dulu untuk tukarkan ke mode aeroplane dan off kan wifi. Kalau tidak, entah mana dia call dan send gambar/mesej lebih-lebih lagi di group Whatsapp. Pernah terjadi..

Tak elok bagi anak leka main handphone…Yea, itu memang lama kita tahu kan… tak elok…Takut jadi leka dengan gadget. Sebab takut terlalu leka lah, Mr. Ery belikan sebuah buku dipanggil Water Magic Painting Book. Kat mana magiknya. Sini…. MamaEma nak bagitahu magiknya. Sebelum itu, tengok dulu video Ayra yang leka dengan Water Magic Painting Book ni. Orang panggil pun buat tak dengar.

 


Buku Yang Sesuai Untuk Anak

Anak-anak suka colourful kan. Itulah fungsi Water Magic Painting Book. Bila kena air, lukisan berubah kepada lukisan berwarna. So, anak-anak tertarik untuk main conteng-conteng kat buku. Bila dah kering, buku ini kembali kepada lukisan dan ianya boleh digunakan berulang-ulang. Hanya menggunakan air yang diisi dalam botol kecil berbentuk berus.

 

Pelbagai Corak Lukisan

Ada pelbagai corak lukisan-lukisan. Ada corak buah-buahan, haiwan, Alphabet, 123, kenderaan, dan pemandangan. Pilih sahaja yang jadi kesukaan. Inilah salah satu cara MamaEma kawal anak yang ketagih dengan gadget dan leka dengan handphone. MamaEma rasa tak rugilah belikan sebuah Water Magic Painting Book untuk anak-anak kan.. Memang berbaloi sangat. Sekarang, berebut-rebut tiga beradik nak mewarna. Nampak gaya ni kena tambah lagi buku… Mana nak dapatkan Buku Water Magic Painting Book? Buku ini adik ipar MamaEma¬† yang jualkan…dia cikgu.

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. sueizza says:

    menariknyaaaaa,nak cari la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge