Logo KBBA

Masuk kali kedua  MamaEma berpiknik pasang khemah kat Pantai Bagan Lalang, Sepang. Dulu, bermalam 1 malam, tapi kali ini tak bermalam. Pergi awal pagi petangnya balik rumah. Time tengahari memang kena bertahan dengan cuaca panas. Lepas jam 2.00 petang, baru rasa sejuk anginnya. Tapi badan memang melekitlah.

 
 

Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Macam biasa sebelum sampai ke Pantai Bagan Lalang, pergi beli ikan-ikan fresh kat pasar nelayan. Dah plan nak bakar ikan. Dah siap bawa dapur, kicap, minyak, tepung bagai. Eh kenapa tepung? Tepung tu untuk MamaEma buat Donut Bulat Berkentang kat sana. Nampak tak atas pinggan bawah tu.

 
 

Doh donut dah siap awal dari rumah. Di sana MamaEma uli-uli, goreng dan tabur gula jer. Mudah sangatlah. Nanti MamaEma share resepi. Punyalah banyak doh berlebihan, bawa balik rumah, terus jadi masam. Mungkin sebab panas kan, doh berwap dan peluh.

 

Suka sangat dapat ikan-ikan segar kat Pasar Nelayan. Setiap bulan, memang MamaEma akan pergi ke pasar nelayan Bagan Lalang semata-mata nak beli ikan-ikan yang fresh. Walaupun jarak tu jauh dengan rumah, sambil bawa anak-anak makan angin.

 
 

Cuaca memang panas laa, tapi budak-budak ni mana dia kisah pasal cuaca panas-panas, kulit terbakar ke… yang diaorang seronok nak mandi air laut. Nak tangkap udang..nak tangkap ketam… kakak dan abang memang berendam air laut..si Ayra sorang yang merengek .. tak nak main pasir tak nak mandi air laut. nak makan jer tahu.

 
 

Kakak yang rajin tolong bakarkan ikan dan sotong, sebab apa? sebab ada ikan kesukaan dia lah..ikan pari. seekor pun boleh dia habiskan seorang. lain pula abang, asyik nak main jer..orang lain berhenti juga makan juga nasi, dia sampai balik rumah tak makan nasi. katanya tak lapar.

 
 

Tangkap anak udang, anak ikan, anak ketam

Asal anak orang kampung, mana ada kisah kotor ke tak. Bersungguh-sungguhlah tangkap anak ikan, anak udang, anak ketam. Matahari betul-betul atas kepala pun, ada diaorang kisah. Dah dapat hasil, berlari datang tunjuk kat kami ni.. excited sungguh.

 
 

Yang suka sangat pasal tangkap-tangkap ikan, burung segala binatang..si abang Aqeel lah. Banyak juga hasil yang diaorang dapat, bawa balik…esoknya semua mati..mana tak matinya, dah sampai rumah hingga malam, duk buat main… kejap-kejap letak dalam bekas tu..kejap-kejap dalam bekas ni… mana tak pening.

 
 

Si Ayra, dia apa tahu..yang dia nak bertepek dengan mama dan ayah. Tak ke mana lah jawabnya. Sambil tunggu kakak dan abang puas mandi air laut, sempat juga dia lena sejam dalam khemah. Petang-petang angin pun sepoi-sepoi bahasa rasa.. tidaklah mengewap tidur dalam khemah.

 
 

Lasak sangat bermain, datang si kakak dengan luka kat tangan. Katanya kena batu. Terkoyak sikit kulit. Pedih-pedihlah rasanya. Minyak herba asmak dari MAHM memang dah prepare dalam kereta. So, sapu kat luka tu. Dah lega, terus sambung balik cari udang. Itulah budak-budak, mana ada kisah pasal sakitkan.

 
 

Next, plan nak bercamping di tempat sejuk pula. cadangnya ke tapak perkhemahan Cameroon Highlands. Orang kata best..okey next kita try sana okey.

 

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

6 thoughts on “Berpiknik Pasang Khemah Di Hari Minggu Kat Pantai Bagan Lalang, Sepang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge