Ada yang termissed post pula. Dah lama siap entry nya. Ingatkan dah letak schedule tapi simpan dalam draft saja. Rugi pula tak share.. tak akan nak delete pula. Penat tau perah otak nak create satu entry.

Dinner Istana Hall, A Famosa Club House

Bila agaknya nak habiskan entry Family Day ni.. Terpaksalah korang baca one by one yer..itupun kalau korang sudi baca lah kan.. Ada lagi episod seterusnya. tabahlah yea. Malamnya, ada dinner di Istana Hall. Punya boleh tersesat nak cari Istana Hall ni. Masing-masing ingatkan dekat dengan penginapan.. ada lebih kurang 2KM jaraknya. Paksa diri untuk drive..berpusing-pusing cari lokasi Istana Hall A Famosa Club House. Memang luaslah dewannya ni.

Tema dinner malam tu adalah tema Labu Labi. Tak sempat nak cari baju tema..pakailah mana yang ada.. tapi seronok tengok mereka-mereka yang ikut tema.. ada yang hanya pakai kain pelikat..benda paling senang nak cari… hahaha.. tak terfikir pulak kan.

Time dinner lah masa untuk bagi hadiah yang bermain acara sukaneka. Tengok, Mek Ayra yang tak main pun dapat juga tau.. suka dia.. nak tolong pegangkan hadiah..langsung tak kasi..

Banyak-banyak gambar, ini sekeping yang cukup korumnya.

Hari Lahir Abang Aqeel

Kalau korang perasan sebelum ini, ada MamaEma cakap yang tak sempat nak belikan kek hari lahir Abang Aqeel. Kebetulan hari lahir abang Aqeel hari yang sama sambut hari keluarga.. Jadi, malamnya masa dinner adalah beberapa keping kek dihidang. MamaEma pun ambil satu-satu perisa kek yang ada…terus cakap pada abang Aqeel…”Nah, kek hari jadi abang”.

Macam tak ikhlas jer senyum.

Cabutan Bertuah

Bab cabutan bertuah memang MamaEma agak musykil. Sampaikan kawan-kawan pejabat Mr. Ery pun cakap..”mesti nama ko akan dapatnya..ko mesti bertuahnya”. Malam tu ada cabuan bertuah untuk 10 orang saja. Bilangan cabutan yang ke berapa entah.. pengarah yang buat cabutan nama tu cakap “dia technician… dah berkahwin.. pastu sebut nama Mr. Ery”.. Memang kecohlah meja kami tu…kan dah kata..Tapi memang sangat perasan, bila ada cabutan bertuah..ada Mr Ery…InshaAllah akan bawa balik sesuatu. Itu namanya rezeki kan.

Malam dinner semua dah sampai… Ramai juga ahli keluarga JTM ni.. first time buat family day yang majoritinya dapat join..Katanya, masih ada separuh lagi yang tak dapat join.. besarkan keluarga mereka.

Cabutan bertuah dapat bawa balik hamper…duduk di kerusi bertuah pula dapat voucher…Bertuah jugalah malam tu..balik ke bilik terus tidur lena..kecuali Mr. Ery… jeng3x…

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Cabutan Bertuah Pasti Akan Bertuah Kalau Ada Mr Ery”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge