Red Wok Restaurant

Dalam banyak-banyak menu, gambar ikan siakap seekor ni yang sempat ambil gambar.. tergoda tengok siakap kerabu mangga. Terus letak depan mata… lain-lain lauk buat-buat lupa walhal semuanya sedap belaka. Anyway, terima kasih pada adik ipar yang belanja berbuka puasa di Red Wok. Dapat berkumpul satu kaum kerabat belah keluarga mertua. Riuh lah dengan anak-anak besar mahupun kecil. Cucu sahaja dah 11 orang..anak 4 orang..menantu 3 orang…seorang menantu tak dapat join..outstation.

Ada lebih kurang 5 meja sambung. Adik ipar yang depan MamaEma tu yang belanja berbuka puasa. Moga murah rezeki yea Hazirah…lain hari belanja lagi…hehehehe.

Menu Red Wok

Di sini ada steamboat juga, tapi tak pasti berapa harga. Tak pernah makan steamboat kat sini. Selalu ambil ala carte. Menu kat sini mengikut saiz S, M, L. Menu saiz S walaupun untuk small tapi kuantiti agak banyak juga. Satu keluarga untuk 4 orang pun cukup. Masakan kat sini memang sedap-sedap belaka. Time makan, memang tak akan membazir. Akan makan sampai licin.

Hari-hari biasa ramai, bulan puasa pun ramai. Nak berbuka semestinya kena buat tempahan dulu bagi mengelakkan dari korang tak dapat meja lah kan. Sini, tempat parking pun senang. Walaupun terhad ruang parking dalam kawasan Red Wok, tapi boleh sahaja parking di depan lot bangunan belakang Red Wok saja. Surau pun sangat selesa. Luas dan bersih. Dan yang paling tak menahan, anak-anak suka masuk tandas sebab ada rasa aircond. So, yang mana tak pernah datang ke Red Wok, cubalah pergi sekali. Tentang harga? Terpulang pada individu, ada yang kata mahal..ada yang kata okey.

 

Red Wok Restaurant

PT70550, Jalan Kajang Impian 1/2

Taman Kajang Impian

43560 Bandar Baru, Selangor

Tel: 03-8927 4100

 

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Buka Puasa Di Red Wok Restaurant Bangi Selangor”

Leave a Reply to lokman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge