Bisnes

Buka Booth Di Bulan Ramadhan

Booth Ramadhan.

Assalamualaikum. Selamat hari raya semuaa. Lamanya tak update blog emarieys. Hakak sibuk sikitlah. Letih berniaga masa bulan ramadhan tak hilang lagi. Itu baru seminggu jaga booth, adik jaga sebulan rileks je.

Walaupun jualan jubah online tak berapa hangat, tapi jualan di booth sangat baik. Tinggal 5 helai jubah yang tak habis. Sendiri pakai pun dah 2 helai. Yang lebihnya tak tahu nak buat apa. ingatkan nak bagi pada yang nak. Ada saiz 42 sahaja.

 

Buka Booth1

 

Minggu pertama hingga ketiga, agak runsing juga sebab jualan tak berapa nak cantik. sehari sehelai dua jer yang terjual. Minggu keempat puasa, baru nampak ada peningkatan. Paling seronok berniaga malam raya. orang berpusu-pusu cari baju raya. tak sangka ramai yang cari baju last minute. Malam raya boleh tengok gelagat peniaga meLELONG barang mereka.

 

Buka Booth2

 

Jam 5.00 pagi masih ada di booth. Berkemas. Sebelum siang kena angkut semua barang. Nanti kena ambil dengan orang Majlis Perbandaran.

 

Buka Booth3

 

Buka Booth4

 

Syukur Alhamdulillah. Walaupun penat, bila terima hasil setelah tolak modal, sewa khemah, bagi adik…ada senyuman kat situ. Masih plan untuk sambung tahun depan. InshaALLAH..Doa-doakan yer.

 

Terima kasih pada beberapa pekerja Pasaraya Econjaya, Jerteh… hari raya datang bekerja dengan pakai baju raya dari Jubah Ayra.

 

About emarieys

Ema has written 1156 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

10 Comments

  1. wah. nie mesti byk untung.. tu yg nak sambung buka lagi tahun depan..
    Hairul HIssam recently posted…Bisnes Air Balang Katira Paling Sedap (Testimonial). Untuk Rumah Terbuka, Kenduri, Hari Raya Pun Boleh.My Profile

  2. Berniaga sampai pukul 5.00 pagi tu…. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan… 😉
    Anuar recently posted…Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan..My Profile

  3. tu dia.

    siap sempat bukak booth lagi tuh.

    terbaiklah.
    titan recently posted…Kadang-kadang, kita jadi SUPER HERO tanpa kita sedar.My Profile

  4. alhamdulillah seronok kan kalau barang niaga kita terjual, semoga terus maju jaya ya ema, lepas ni buat blouse pula
    ajumohit recently posted…I-Angle Baby hip seat carrier yang ringan dan selesaMy Profile

  5. Wah tokey banyak untung kali ini. 🙂
    akubiomed recently posted…Sambutan Hari Raya di kampungMy Profile

  6. Seronok tengok orang berniaga di booth masa bulan ramadhan. Macam-macam kisah dengar dari peniaga booth ni. Ada yang untung ada yang tak. Yang penting diorang ni memang hati kental. Selamat maju jaya!

  7. Alhamdulillah..suka semangat kawan2 meniaga ni..sendiri meniaga x tau la plak..risau barangan x laku je…

  8. selalu bulan ramadhan la kuasa membeli orang paling tinggi.
    egtukar recently posted…Permohonan eGtukar Online Sesi 2016/2017My Profile

  9. Berniaga ni best , ukhuwah bersama peniaga lain tu kuat.

    Bila lelong lagi seronok dan meriah kan 🙂
    Ani Haryani recently posted…Cara Mengatasi SLE Dengan VivixMy Profile

  10. alhamdulillah..
    mudahan tahun depan makin bertambah maju n perolehi untung y banyak..rezeki ank2
    Lyafrina recently posted…#teamrayaterengganu : 2 – 5 Syawal 1437H/2016My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge