Birthday Cake Tema Kad Pengenalan

Assalamualaikum dan Hi,

Lama betul tak update blog emarieys.com . Tak tahulah kemalasan yang bagaimana melanda. Nak kata bersalin masih ada sebulan lagi. Esok-esok dah bersalin, cuti bersalin 90 hari, cuti menulis 100 hari.

Suami punya hari lahir dah lama lepas, baru hari ini nak berkongsi birthday cake yang aku tempah melalui online. Nak beli apa-apa hanya di hujung jari saja tak perlu bazir minyak pun. First, jumpa satu fanpage yang buat kek ni. sekali tanya harga terbeliak biji mata. Terus google lagi, dan jumpa fanpage coklatmanis2u. Whatsapp owner coklatmanis2u yang bahasakan dirinya kak Ifa dan tanya kalau nak tempah birthday cake tema ic berapa harganya. Mula tu kak ifa tak faham tema yang aku nak. Bila aku terangkan tema kad pengenalan, barulah kak Ifa jelas. Deal punya deal, aku terus setuju dengan harga yang diberikan, siap ada penghantaran ke rumah lagi.

Cuma penghantaran ke rumah terpaksa dilakukan pada sebelah malam. Tak kisahlah janji ada yang hantarkan. so, penghantaran kek pada malam 29hb. Inilah kek sempena hari lahir suami yang ke 36 bertemakan kad pengenalan. Ingat kad kahwin je ke ada tema?

 

Cake Theme

 

Alahai suamiku, nasib baik dah potong rambut dan janggutnya. Kalau tak, saya pilih yang dalam gambar ic jer. hahaha. Bila suami post kat fb, ramai yang cop suamiku kategori romantik. Tang mana romantik pun aku tak tahu.

Oh ya, memang sedap kek dari coklatmanis2u. Lain kali pasti order lagi.

 

 

About emarieys

Ema has written 976 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

23 Comment

  1. Sekarang ni nak oder kek macam-macam tema ada dah.. Tinggal pilih nak tema yang mana satu jer… menarik juga kek bertema Mykad ni.. Lepas ni boleh oder satu… 😉
    Anuar recently posted…Dapatkan Sample Neautrocell Foundation secara PERCUMA!My Profile

    1. sekarang kek pun ikut peredaran masa.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  2. Mmg idea ni sgt kretif. Idea siapa nak buat kek IC ni?
    LydSunshine recently posted…My Wishlist Di LAZADAMy Profile

    1. idea ema sendiri…mula tu nampak tema sampul surat…fikir punya fikir…baik buat tema IC…sebab senang jer kan.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  3. macam2 jenis kek
    kali ni IC plak temanya ye
    ellynadyra recently posted…Bandar Puteri @ Bangi launchingMy Profile

    1. tunggu next year pula nanti.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  4. nampak cantik dan sayang pulak nak dimakan.
    Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    1. kalau difikirkan cantik saja tak nak makan kena buat pengawetan lah ni..hehehe.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  5. Menarik tema tu… Kek Coklat moist ke? Boleh la order juga lepas ni…
    emalinmohd recently posted…Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?My Profile

    1. a’ah kek coklat di dalamnya…memang sedap..selalunya tak habis kalau beli kek..kali ini memang dalam sehari dihabiskan.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  6. nice idea. rasa tak pernah plak jumpa lagi orang buat tema kek mcm ni. hehe… memang korang romantik lah.
    sharmien recently posted…3 Tips Menilai Keluasan Rumah Supaya Tak Perlu Susah susah Ubahsuai Rumah Yang Baru DibeliMy Profile

    1. tak ada pun romantik sangat sis…biasa saja.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  7. Aik…dah kenapa komen saya sebelum ni jadi macam tu pulak?
    emalinmohd recently posted…Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?My Profile

  8. Sekarang pelbagai corak menarik boleh didapati untuk ‘solekan’ kek.. Antara yang menarik, tema mykad. Tahniah!
    Inspirasi Huda recently posted…Tonton Video Promosi Shaklee Februari 2015 di YoutubeMy Profile

  9. kreatif la. I nak bersalin bila2 masa dah ni. U dah prepare ke semua? Jgn macam I last minit jugak la.. huhuh
    Raihanah Ahmad recently posted…Denggi Dan Rawatan Yang berkesanMy Profile

    1. masih ada yang belum dibeli..tapi beli selepas bersalin pun tak apa.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  10. wahh..ada ye birthday cake delivery? bole terai nanti ni.
    take care sis.. 🙂
    ctfand recently posted…Hati-Hati Dengan Ubat IbuprofenMy Profile

    1. sesetengah ada yang tolong hantarkan..
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  11. haha..

    ada jugak tema kek macam ini rupanya ye. hehe
    titan recently posted…5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.My Profile

  12. wah..so creative..skrg ni macam2 ada kan, sebut je mesti dapat..

    tengah fikir, nak tempahh kek ape untuk 2 baby bulan 3 ni..
    kak rizz recently posted…Cara Membersihkan Mata Merah Dari Terus PedihMy Profile

  13. Wah sweetnya kak!

    Lain dari yang lain

    Terbaik 😀
    Ani Haryani recently posted…Berat Tanggung Jawab Seorang LelakiMy Profile

  14. nampak sayang pulak nak dimakan.
    ikhwan recently posted…Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di AshadeeMy Profile

  15. tak potong camana nak makannya…hehehe.
    emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge