Happy Birthday Kak. ‘Kak’ nama panggilan untuk adik manja MamaEma. Dari kecil memang manja sangatlah…selalu demam sebab tak ngam dengan nama sebenar. Last-last, tukar nama panggilan kepada Fatihah, barulah okey. Nak tukar nama pada IC lecehlah kan. Ustaz pun cakap, cuba tukar nama panggilan dulu..

Bila dah besar panggil nama Fathira. Dah tak demam-demam. Tapi kami adik-beradik panggil “kak’ biarpun dia adik bongsu dari satu abah dan satu mom. Manja-manja dia pun, hati paling keras antara kami 3 beradik. Hahaha. Yang paling garang si angah, yang sulung paling baik gitu…siapa? MamaEma lah…Kalau dua beradik baca ni pasti dia cakap..ala along tu yang paling slow.

Majlis Kecil Disambut

Dah besar panjang, bini orang pula tu, mama orang pun.. tak adalah nak sambut besar-besar. Sekadar titipan doa untuk adik manja MamaEma ni. Tapi, malam tadi ada dihantar whatsapp gambar sepotong kek. Sambil makan-makan colek bulan Ramadhan ni. Asyiklah kena tinggal MamaEma..

Apapun, MamaEma doakan semoga adik MamaEma iaitu Emma Fathira diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang meluas dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. Happy Birthday Adik Manja. Hadiah klim tahun depan..Sebab tahun ini kita berpuasa..

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

3 thoughts on “Birthday Adik Manja Hari Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge