Biodata Fee Haiqal Artis Baru Naungan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd “Aku Mencari”

Jejaka kacak Fee Haiqal atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal Bin Mohammad Fauzi adalah artis baru naungan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB). Fee Haiqal kini melancarkan single terbaharu berjudul “Aku Mencari”. Single ini diedarkan secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd berkonsepkan Pop Rhythm & Blues.

Cover Album “Aku Mencari”

 

Model Sambilan ke Bidang Nyanyian

Beliau yang merupakan model sambilan setelah menduduki senarai lima peserta teratas dalam program pertandingan, Mr. Planet Malaysia 2013 mula berjinak-jinak di dalam penerbitan, penulisan dan lirik lagu. Fee Haiqal pernah dilantik sebagai ikon belia dalam program pembangunan belia Akar Kita Zapin 2014/2014 sepanjang dua tahun berturut-turut.

 

BIODATA FEE HAIQAL

Nama : Mohd Alfeeq Haiqal Bin Mohammad Fauzi

Nama Pentas : Fee Haiqal

Tarikh lahir : 31 Ogos 1993

Umur : 24 Tahun

Tempat Lahir : Selangor

Adik beradik : 2 orang lelaki (anak bongsu)

Pekerjaan: Pengusaha Produk Truly Aura~ Aura by Noraniza Idris / Personal Trainer / Fitness instructor

Single “Aku Mencari” telah diedarkan serentak secara digital pada hujung April 2017. Baru-baru ini, berkesempatan MamaEma dengar lagu “Aku Mencari” yang dinyanyikan live semasa Pelantikan Duta dan Pelancaran Single  terbaru Noraniza Idris “Permata Saadah”.

Gambar : Kredit Umminani

 

Pelantikan Duta dan Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris.

“Permata Saadah” menjadi inspirasi Noraniza Idris untuk mendedikasikan lagu ini khas buat para wanita. Single terbaru berkonsepkan Pop Tradisional bergenre Zapin Fusion. Single merupakan single terbitan kedua lagu irama Malaysia setelah single “Wangikanlah Hatimu” yang dilancarkan pada 21 Februari 2017. Best tau lagu Permata Saadah, siap nak berjoget sekali. Eh, siap goyang badan lagi..eewaah.

Gambar : Kredit Umminani

Permata Saadah.

Siapakah Permata Saadah? Permata Saadah merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan katering, pakej perkahwinan dan sewaan peralatan khemah untuk majlis-majlis tertentu. Permata bermaksud sesuatu yang sangat-sangat bernilai, Saadah pula bermaksud kebahagiaan yang diambil bersempena nama ibu kepada pengarah yang juga pengasas syarikat Permata Saadah Sdn Bhd, Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin iaitu Puan Saadah.

Promosi pakej perkahwinan berbaloi. Cuti sekolah pun hampir tiba, eh lupa cuti sekolah bulan Mei nanti dah mula puasa. Kira cuti sekolah hujung tahunlah yea. Jadi, boleh menggunakan khidmat dari Permata Saadah Katering ni tau. Memang sedap dan murah harganya. Harga bermula RM 7.20/pax untuk 1000 pax. Berbaloi kan. Boleh layari www.permatasaadahcatering.com atau call talian 03-61518844 atau alamat No 33, BRP 6/13, Bukit Rahman Putra, 47000, Sungai Buloh, Selangor.

 

Macam giniii sedapnya. Kami dah ada CD Permata Saadah tau. Korang bila lagi?

Gambar : Kredit Umminani

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge