Logo KBBA

Assalamualaikum.

Dah macam biskut chipsmore kejap muncul kejap hilang. Rindu sangat pada blog sampai nak post entri malam ini. Jarang sangat saya update blog  malam hari.

Selepas lena tidur di hotel yang sangat sweet tu, saya sambung cuti tiga hari. Eh bukan tiga hari, tapi 2 hari setengah. Hari selasa halfday, hari rabu dan khamis cuti. Cuti 2 hari kerana nak bersama dengan adik-adik dan mom yang datang dari Kelantan. Memang cuti sakan, tak lekat di rumah langsung.

Kenanga Wholesale Centre

Hari pertama sampai, terus bawa mom dan adik-adik makan tengahari di Restoran Anis Putri Pantai Dalam. Makan nasi ulam dan budu. Tauke Anis Putri orang Kampung Merkang satu kampung dengan adik ipar.

Lepas makan, terus serbu Kenanga Wholesale Centre (KWC). Setiap tingkat kami ronda.

Shopping di KWC
Angah, Me, Mom dan Adik (Kak)

Macam lama sangat tak jumpa. Macam-macam cerita. Padahal baru jumpa masa singgah dari percutian di Pulau Perhentian.

Ronda KWC

KWC
Gambar sedikit blur hasil tangan orang lelaki.

Ronda di KWC hingga lewat petang. Saya yang masih berpakaian kerja, mereka yang masih berpakaian dari keluar rumah seawal 6 pagi. Memang segala lekat lekit di badan terasa tapi hilang bila rasa sejuk dari aircond di KWC.

Ini adik bongsu saya. Kami panggil kak. Paling manja dengan kaklongnya iaitu saya.

Adik Manja
Adik bongsu yang paling manja

Adik nombor dua. Kami semua panggil angah dan kawan-kawan pun sama hingga tenggelam nama Nadia.

Pusat Borong Kenanga

Kedai Makan KWC

Puas jalan di KWC, pergi serbu SOGO. Sempatlah rembat baju untuk anak-anak di tingkat bawah yang memanjang salenya. Naik tingkat 3 bahagian ladies tutup ada di tingkat 7. Pergi tingkat 7, langsung tak berkenan di hati. Turun dengan tangan kosong.

Malamnya pula, kami serbu Mines. Ronda sana hingga banyak kedai dah mula turunkan tirai.

Mines

Elok kaki pijak lantai Mines nampak kedai kasut terus tenggek lama sini. Mom dan adik-adik beli sepasang sorang. Puas hati.

Kedai Kasut Murah

Kedai Kasut Mines

Apalah yang busy sangat si kak ni. Menjawab panggilan dari customer mom. Butik tutup 3 hari semata-mata datang KL. Sambil layan customer, sambil pilih handbag di Vior, Mines. Rembat juga kak satu handbag kebetulan handbag yang dia bawa dah putus tali.

Vior Mines

Tengah malam nak singgah downtown serdang depan Mines tapi lalu gelap gelita. Saya ingat orang dah tak berniaga tapi malam tu kebetulan mereka tutup 1 hari dalam sebulan.

Jalan TAR dan Saman DBKL

Hari kedua seawal 8.30 pagi dah keluar menuju  ke Jalan Tar. Bila dah keluar awal pagi mestilah dapat park kereta depan bangunan. Memang dapat pun tak perlu nak tunggu lama. Masa nak balik, terpandang surat cinta dari DBKL. Saya dapat saman DBKL sebab tak letak kupon parking. Manalah tahu kena letak kupon, tak nampak pun mesin kupon. Kena bayar saman RM 50 dalam masa 2 minggu kalau lebih 2 minggu kena bayar RM 100. Dari nak jimat kos tak nak park dalam bangunan, dah rugi kena saman. Tak ada rezeki. Dah terkena baru nak berhati-hati.

Keluarga Kak Adik

Jalan Tar

Di Jalan Tar paling banyak membeli setiap orang dapat habuan membeli baju raya. Ni untung kalau beli banyak dalam satu kedai, dahlah sale dapat potongan harga lagi. Si angah menyesal beli jubah dress untuk anak kerana kat sini lebih murah dari KWC.

Pasaraya Hari Hari

Baru jalan seharian, mulalah betis dah rasa sakit. Segala urat keras. Lepak di tangga tak tahan kaki nak berdiri lama pun.

Shopping Raya

With my lovely sista

Harga Tiket Cruise di Mines City

Mom teringin sangat nak naik boat kat Mines City. Lagi sekali pergi ke Mines. Selepas makan di Restoran Ayam Kampung di Serdang terus hantar mereka ke sana.

Tiket Cruise Mines
Pakej Cruise yang ditawarkan.

Saya tak ikut pun mereka naik boat sebab kena kejar balik rumah. Orang Indah Water nak datang rumah. Dulu sedut najis RM 80.00 tapi sekarang RM 230 untuk satu gelung.

Cruise Mines

Saya cakap nak datang ambil mereka selepas maghrib tapi mereka sendiri tak terdaya. dah penat sangat. nak minta teksi hantar pun teksi tak nak pergi. Last-last pergi ambil juga. Harungi jem depan Sapura kena banyak sabar.

Rehat kejap di rumah, malam bawa pergi makan di Restoran Tasik Idaman, Bangi. Jarak jauh tolak ke tepi yang penting nak happi dengan famili.

Bawa kereta malam memang takut tapi kami ada escot istimewa. Suami mengescot bini-bini dalam kereta. Sampai dua kali silap jalan. Sekali masuk laluan bertentangan, sekali salah masuk simpang. Balik makan, singgah Downtown Serdang.

Escot

Hari ketiga bersama keluarga.

Flight mereka jam 5.30 petang. Masih ada masa, paginya bawa mereka jalan-jalan ke Field, Sungai Besi dan NSK Kuchai Lama. Hampir 3 hari kaki tak berhenti jalan, masing-masing berehat di kerusi urut. Dari 15 minit sambung lagi 3 minit. Lepas itu, balik rumah, sempatlah lelap mata kejap.

Kerusi Urut Terbaik

Hantar mereka di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk naik bas ke LCCT. Saya sendiri was-was ada ke tak bas ke LCCT. Nampak polis bantuan dan tanya untuk konpem. Ya, memang ada.

Kesian mom menggigil kelaparan hanya menjamu maggi untuk alas perut.  Maaf ma, along tak masak tengahari pun. Bertuah punya anak sulung ni.

TBS

Dari TBS ke LCCT harga tiket bas adalah RM 8 seorang. sama harga kalau gerak dari KL Sentral. Di TBS lagi selesa. Perlu beli tiket di Kaunter 1. Perjalanan setiap 1 jam. Kalau pukul 3.00, pukul 2.59 tayar bas dah bergolek. 15 minit sebelum dah kena turun di tingkat 2. Hanya yang pegang tiket sahaja yang boleh turun.

Jam 6.30 petang terima mesej dari mom. Tandanya dah sampai tapi mesej bagitahu ada orang menangis dari naik bas di TBS hingga LCCT hingga Airport KB sampai ke kedai makan.  Agak-agak siapa yang menangis tu?

Masa berkualiti bersama keluarga satu kenangan yang indah dan tidak akan dilupakan.

Siapa yang boleh teka siapakah yang menangis dan kepunyaan siapa handbag ini bermula dari kanan. Tekaan tepat, InsyaALLAH ada habuannya.

Handbag murah

Sekian. Perlu tidur awal esok awal-awal pagi dah kena pergi Kuala Kubu Bharu. Jam 7.30 pagi dah kena ada di sana. Ulang alik dua hari KL ke KKB. Kejang vontot nanti.

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

51 thoughts on “Bila Adik Datang Kuala Lumpur”

  1. Best kan…kita adik beradik tak ramai pun riuh dh mcm 10 beradik klu dh brkumpul. ..kihkihkihkih. …kuat punya berjalan..blk rmh 2 hari ngah ketiduran…hbs longgar kepala lutut. ..hehehe. .nnti kita g serbu key el..yer long

  2. Best kan…kita adik beradik tak ramai pun riuh dh mcm 10 beradik klu dh brkumpul. ..kihkihkihkih. …kuat punya berjalan..blk rmh 2 hari ngah ketiduran…hbs longgar kepala lutut. ..hehehe. .nnti kita g serbu key el..yer long

  3. ANis Putri tu akak pun selalu gak pegi. Mmg dasat korang berjalan 3 hari berturut2. Betul2 spent time utk shopping ni. *betul ke harga baju lagi murah kat jalan tar dari KW?

    Akak teka yang menangis mesti la Kak. Pastu beg tu, dari kiri, Kak, Ema, Angah dan Ma.

  4. Rancak berjalan ni. 3 hari 3 malam tak cukup. Lepas settled semua barulah terasa kejang sana-sini kan. Standardlah Ema orang perempuan memang gitu.

    Rasanya yang menangis tu si adik perempuan bongsu(kak). Susunan beg tu pulak dari kiri ke kanan (mula dgn warna hijau tu) mesti kepunyaan kak, ngah, ema dan ma.
    Mummydearie recently posted…Dari Mommy untuk AbangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge