Sedia maklum 16 Mei adalah hari guru. Selamat Hari Guru kepada semua guru, pendidik, pensyarah, bosses, senior, junior, kawan, sepupu sepapat dan biras.

Bertemakan ‘Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi’ diharap guru-guru dapat menjalankan tugas mendidik anak-anak generasi Y kini, yang pastinya banyak cabaran dan halangan. Tanggungjawab guru memang besar dan tanpa guru, siapalah kita.

Penangan hari guru, banyak kedai-kedai cenderahati tutup lambat. Pekerja pun overtime. Hari guru lebih diingati dari hari ibu nampaknya.

Kedai Hadiah Guru
Beratur panjang untuk membayar

Hari Ibu tak adalah ramai macam ini. Tapi bila hari guru, kaum ibu lah yang memenuhi kedai untuk tolong anak carikan hadiah. Malah, ada ibu yang tolong belikan hadiah untuk guru sedangkan anak pergi kelas tusyen.

Guru Bertuah
Hadiah guru yang beli siap

Tahun ini tahun pertama anak-anak belikan hadiah untuk guru. Tak semua guru pun. Terpulang pada Azwa nak berikan pada guru mana.

Hadiah Guru

Sekarang tak perlu susah nak balut bagai. Beli paper bag terus masukkan hadiah. lagi senang. Maknya malas nak bungkus membungkus ini. Inilah hadiah yang nak diberi oleh guru sekolah rendah dan sekolah agama.

Hadiah Hari Guru

Aqeel punya guru pun aku belikan juga. Tak ramai pun dua guru saja. Dah mengajar si kakak Azwa 3 tahun, selama ini tak pernah bagi pun. Bertuah sungguh.

Terima kasih kepada guru-guru/pensyarah yang pernah mengajar saya bermula dari :

1) Sekolah Tadika Kemas Pasir Puteh Kelantan (1987)

2) Sekolah Kebangsaan Kamil Dua (1988 – 1993)

3) Sekolah Menengah Kamil (1994 – 1998)

4) Pahang Skills Development Centre (PSDC) (1999 – 2003)

5) Sekolah Kebangsaan Gua Musang – Pernah menjadi guru ganti.

6) Bosses di tempat kerja kini kerana mereka juga ibarat guru. Memberi ilmu, pengajaran dan nasihat.

Hasil didikan guru, pelajar sekarang memang kreatif. Ini hasil kerja tangan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.

Kreatif Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

37 thoughts on “Bertuah Jadi Guru”

  1. Selamat hari guru kepada semua! Kita semua walaupun bukan bekerja sebagai guru, sebenarnya merupakan cikgu kepada sesame kita.
    Ibu Bapa adalah cikgu kepada anak-anak, Kakak Abang adalah cikgu kepada adik-adik, Kawan-kawan adalah cikgu kepada sesame sendiri.. jadikan contoh yang baik pada kita semua. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge