Beli Sport Rim Menang Sport Rim Rezeki Tak Di Sangka

Kedai Sport Rim Murah.

Beli Sport Rim Menang Sport Rim. Alhamdulillah dan masih lagi terkejut dengan hadiah yang dimenangi ini. Inilah rezeki¬† yang tak disangka. Tukar oren beli kelabu dapat biru. Cuti Krismas, plan nak pergi tengok, baca sekali lagi… nak tengok saja yea.. harga sport rim di kedai PL Tyre Sri Haneco di Semenyih ni. Ada promosi hebat.

 

 

 

Sampai sana, dari plan nak tengok saja entah hilang mana. godaan hebat..akhirnya beli juga. untuk keselamatan keluarga. Dah 2 tahun pakai sport rim oren ni. tayar pun dah botak. Lagi tak selamat nak pakai, sport rim ada kesan crack sikit. Angin tayar pula keluar sikit-skit. Pastu, sedang elok sampai kedai ni, time tu jugalah tayarnya bocor terus. Mandai jer kereta pun.

 

 

 

Lama juga memilihnya. Dah tak nak warna terang benderang ini. nanti kena perli. Ambil yang warna biasa. Akhirnya, ambil warna kelabu. Melayang Ringgit Malaysia pada tayar dan sport rim.

 

Menang Sport Rim Baru

Macam mana boleh menang? Tak tahu pun hari tu kedai PL Tyre Sri Haneco ni ada hari terbuka. Dia punya bos tanyalah kitaorang ni dari mana? Kami cakap dari Sungai Besi laa. “alaa, kalau u datang petang, boleh join itu makan-makan maa, ada kambing golek, goreng-goreng, cendol, ini malam ada function maa”…ada cabutan bertuah sama”. Baru jam 12.00 tengahari nak tunggu petang lamanya lagi. Pastu dia suruh kitaorang lepak di IOI Putrajaya, dekat jea.¬† IOI Putrajaya? dari lepak sana, baik balik rumah dulu.

 

 

 

Lepas selesai pasang, geraklah balik. Kalau rasa nak datang, kami datanglah balik. On the way balik pula, ada nampak kereta rosak tepi jalan. Mr. Ery berhenti bagi bantuan. Kereta itu rosak tayar, tak ada peralatan nak buka tayar.

 

 

 

Nak Pergi Tak Nak Pergi Sama Banyak

Mestilah pergi kan. Tak pergi tak menanglah sport rimnya. Selepas maghrib baru kitaorang pergi. Tak mengharap apa-apa, kalau ada rezeki.. adalah. Lagi sekali sampai sana, orang dah ramai, makan-makan pun dah, yang belum cabutan bertuah. Lega.. masih ada peluang. Nampak hadiah cabutan tak ada banyak sangat, paling grand pun hadiah sport rim yang lain minyak enjin, kuali, vacum dan voucher. dapat vacum pun dah okey sangat. sport rim nak buat apa, baru lepas tukar.

 

 

 

Dari seorang ke seorang nama yang dipanggil. Walaupun nama dipanggil, bukan terus dapat hadiah tau. Kena main spin dulu. Bila spin tu berhenti, baru tahu hadiah apa yang dapat. sebab ada gambar sekali. Sejam berlalu, nama Mr. Ery tak naik pun. Yang dipanggil pula ramai yang tak ada. Ada seorang lelaki cina, dia spin..dapat sport rim. Punyalah excited bos kedai tu..dengan gaya cakapnya…cakap pula bahasa cina..yang memang sah kitaorang tak faham langsung. Dia pula yang happy…hehehehe. Melepaslah sudahh.. Eh lupa, nak vacum lah.

Bos kedai itu pun penat lah panggil nama, tapi tuannya tak ada. So rehatlah 15 minit. Dalam masa rehat 15 minit itulah, pekerja kedai ni buat surprise. Rupanya hari tu hari jadi bos kedai. Dari 15 minit rehat dah jadi sejam. Pastu, nampak bos kedai ni angkut sport rim lain…katanya ada orang sponsor.. mungkin sebab terlalu cepat orang dah menang sport rim kan..so dia tambah satu yang lain. baru ada semangat.

 

 

Sambunglah balik cabutan namanya. Puaslah tunggu sampai mamaema dah naik jemu. Nama tak dipanggil-panggil. Mamaema dah ajak Mr.Ery jom balik. Ayra pun dah start merengek, nak tidur. Terus mamaema dan anak-anak masuk dalam kereta. Dah penat sangat. Tengah tunggu dalam kereta sambil dengar lagu, nampak kelibat Mr.Ery ke depan. Eh, laki aku dapat ke? Panjang tengkuk, nampak bos kedai tu pegang sport rim. Hah, dapat sport rim ke tu?

 

Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Hahaha, Mr.Ery cakaplah “kalau mama jauh sikit, baru bertuah”. Kurang asam jawa punya laki.

 

Sport Rim Nak Jual

Apa nak buat sport rim yang menang ni? Jawapannya nak jual. Nak pasang kat exora pun tak lepas. tak padan dengan saiz dan lubang tayar. Sama jenama masa pakai warna oren cuma bilah lebih sikit. Yang ni sport rim warna biru saiz 16 inci sesuai untuk tayar yang 4 lubang skru.

 

 

 

Sesiapa yang berminat, nak tolak murah-murah. Boleh pm tepi. Kalau tak ada yang nak, gantung buat hiasan di dinding. Habis cerita.

 

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

4 Comment

  1. Kelakar Mr. Ery tu nak sakat bini dia
    Bila Ema ke kereta terus nama dah naik ye:)
    OK tuEma, kalau simpan pun bukan rosak.
    Kakzakie Purvit recently posted…Cuti di kampung yang indah – 4My Profile

  2. Tahniah..
    Rezeki tahun baru 2017..
    In Shaa Allah ada yang.minat tu
    anuar recently posted…Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water ParkMy Profile

  3. rezeki dimana mana dan tanpa disangka
    ira recently posted…Realiti Kehidupan Yang Perlu Kita FahamiMy Profile

  4. Alhamdulillah..kalau dah rezeki…

Leave a Reply

CommentLuv badge