BBQ Dinner  at Legend Cherating

Selesai semua aktiviti tour, telematch, mandi kolam, scuba diving dan lain-lain, kali ini MamaEma nak kongsikan bab sajian di Legend Cherating. Rata-rata MamaEma pergi bercuti atau duty di mana-mana hotel, ada hotel yang gah tapi fasiiti tak lengkap, ada hotel yang gah tapi bab makanan tak sedap. Tapi di Legend Cherating makanan yang disediakan tak kiralah sarapan pagi, lunch mahupun dinner memang sedap semua. Bertambahlah kilo timbang berat ni. Asyik makan bertambah-tambah..eh.

Malam BBQ Dinner

Gempak tak gempak nak bagitahu ni. Malam dinner kami dihidang dengan BBQ temakan Pirates Night. Dah lah BBQ, tepi pantai lagi..sambil dinner sambil rasa hembusan angin air laut..Dari makan keluarga, dah seperti candy light dinner. Mesti romantiklah kan.

Kredit Photo : Aznan

Antara makanan berat yang dihidang malam BBQ

Siap ada unggun api lagi..Terima kasih Legend Cherating yang berikan perkhidmatan terbaik yang tidak pernah MamaEma nikmati sebelum ini.

Ada iras pirates tak?

Anak-anak pun bagi bebas. Bagi bermain pasir pantai halus. Sambil dating dengan orang tersayang, sambil tengok anak-anak bermain kat depan.

Tidur malam dalam kekenyangan. Sedap sangat makanan yang dihidang malam BBQ kami tu..

 

About emarieys

Ema has written 1135 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

7 thoughts on “BBQ Dinner at Legend Cherating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge