Sebamed Atasi Kulit Sensitif

kulit sensitif

Kulit sensitif sangat anak ketiga ni. Cepat naik merah-merah bila panas dan udara yang kotor. Tak boleh pakai sebarangan mandian bayi. Lampin pakai buang pun sama. Terpaksalah cari mandian yang sesuai dan sebamed jadi pilihan.

Hah ambik, terus ayahnya beli satu kotak mandian Sebamed. dalam tu ada botol besar dan botol kecil. Yang kecil tinggal di rumah pengasuh yang besar pakai di rumah. itupun pesan pada kakak dan abang, jangan usik mandian adik ni. hanya untuk ayra saja. Kejamkah? Mana tak kejam, bukan murah mandian sebamed ni. Harap dah besar sikit nanti, dah boleh pakai jenama biasa yer ayra.

Kulit ayra ni lain sikit dari kakak dan abangnya. Kalau dah digigit semut digigit nyamuk. tinggal kesan hitam macam berparut. padahal tak menggaru pun. Macam mana nak kasi hilang parut kat kulit anak yang masih bayi ni? Mak kata tenyeh jer dengan kulit pisang. Tapi mama zaman moden kalau boleh nak yang paling senang jer.

Anak korang ada masalah kulit sensitif tak? Macam mana korang selesaikannya.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1087 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

10 thoughts on “Sebamed Atasi Kulit Sensitif

  1. Anak sulung saya pun dulu kulit sensitif jg & asyik nak air-cond ja sepjg masa. Bila panas, keluar ruam. Waktu masi baby, kami letak drapolene sblm pakaikan lampin. Tapi lama2 ok jg, hilang sensitif tu. Time tu x tau lg tentang khasiat minyak kelapa.

  2. sama macam aisyah…kat leher habis merah2,pip I pun sama …sy guna produk forever aloe gelly ,propolis cream dan mandian gelee bath…semulajadi dari aloe vera…nk cuba blh Whassup saya 012-9466377
    norehan saad recently posted…KEBAIKAN MASKERMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*
Website

CommentLuv badge