Bateri Kereta Kong.

Perasaan cuak, bila start kereta, tak mahu hidup. Try banyak kali pun sama. Hari dah mula gelap. Time nak balik lewat, kereta mula buat hal. Nasib baik masih dalam kawasan pejabat. Call Mr. Ery dulu, bagitahu kereta tak hidup. Dah agak punca mesti bateri. 3 tahun pakai bateri yang asal. Cadangan Mr.Ery, minta call bateriku.com

 

 

Call 1-800-22-2324

Call 1-800-22-2324. Ambil maklumat lokasi, jenis kenderaan. Okey setel dan tunggu orangnya sampai. Orang bateriku.com datang tepat pada masa yang diberi. good job. Buat pemeriksaan pada bateri lama. Sah memang kena tukar bateri.

 

 

Pemeriksaan Percuma

Bukan sebarangan kereta yang boleh sesuka hati cabut bateri ni. Mahu short enjin kereta. Macam aku sendiri, wanita pula tu. Apa yang reti pasal kereta. Tahu pulas stereng dan isi minyak jer. Lain-lain serah pada orang lelaki, tak gitu? Bila ada servis macam Bateriku. Com memang bagus sangat. Banyak bantu kaum wanita. Macam situasi aku, kira bernasib baik lagi terjadi dalam kawasan pejabat. Tak dapat setel, aku tinggal saja kereta kat situ. Tapi bayangkan kalau terjadi di tepi jalan, mahu menangis jawabnya.

Servis dari bateriku.com memang tip top lah aku bagi. Pemeriksan percuma, harga bateri pun murah. Cara nak bayar pun senang. Bayar tunai, debit, credit card semua boleh. Bila aku tanya, macam mana nak bayar pakai debit dan credit card, terus dia tunjuk satu mesin yang mana aku sangkakan itu mesin kira-kira. hehehehe.

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

One thought on “Bateri Kereta Kong, Call Bateriku.Com Banyak Bantu Kaum Wanita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge