Cuti sekolah telah kembali lagi. Seronoklah anak-anak bila dah cuti ni. Tambah seronok bila anak-anak dibawa ke tempat yang fun giler seperti theme park. Kali kedua lah MamaEma datang sini bersama keluarga dan juga team #KBBA9.

Promosi Cuti Sekolah

Sekarang hingga hujung tahun ini ada promosi cuti sekolah. Cepat-cepat korang bawa anak-anak pergi main theme park. Eh, yang tak kahwin lagi yang belum ada anak pun akan dapat harga promosi juga tau. Dan lagi ada showcase gempak giler, ada artis setiap hujung minggu untuk dua minggu cuti sekolah ini. dah terlepas untuk 2 dan 3 Disember, janganlah kecewa..minggu depan artis lain yang akan buat show. 9 Disember ada Amy Search dan Nico G. 10 Disember pula Khalifah dan Project Band.

MamaEma pergi 2 haribulan, dapatlah jumpa artis Ezad Lazim dan Ameng Spring. Kecil comel jer penyanyi Ezad Lazim, suara Ameng Spring memang tak berubah langsung. Hari itu juga sempena program A Day with Bangi Wonderland . Seramai 16 orang dari Kelab Blogger Ben Ashaari datang bersama keluarga untuk memeriahkan program ini.

Surprise untuk founder Kelab Blogger Ben Ashaari. Happy Belated Birthday Ben Ashaari. Hahaha, menjadi juga kejutan yang dibuat oleh team kami ni hasil komplot dari blogger UmmiNani, Shehan dan Kak Nina. Anak sendiri entah mana pergi, anak siapa yang MamaEma kendongkan ni. Maklumlah, ada yang pertama kali jumpa sesama sendiri. Macam inilah kami rapatkan silaturahim dalam team kami.

Dah namanya blogger kan, memang tak terlepas handphone di tangan tu.

Baca sini : Kali Pertama Datang ke Bangi Wonderland

16 jenis permainan

MamaEma tak pula terokai 16 jenis permainan yang ada di sini sebab dah pergi masa pertama kali dulu. Lain pula anak-anak, habis semua dia nak main. Itupun ada yang terpaksa ditolak sebab tak cukup dengan ketinggian. Entah main slides apa, si kakak datang cerita jantung tertinggal di atas masa turun slides. Jantung tertinggal atas pun sampai 3 kali juga dia main. Hehehehe. Berani betul. Antara jenis-jenis permainan yang ada di sini: kredit gambar pada blogger Lynda

Pirates Bay
Typhoon River
Body Slide
Anaconda Trail
Magic Funnel
Water Cannon

Kids Adventure. Tapi ramai juga parents yang main termasuklah MamaEma sendiri..hahaha..hanya tempat inilah yang berani untuk main slide. Bestlah. Turun dari slide dengan Ayra yang takut nak mandi kolam.

Kids Adventure

Satu tempat lagi Pirates Bay.. yang ni seronok Ayra mandi..sebab tak ada air pancut-pancut tu. Seronok dia sampai tak nak keluar dari situ. siap nak selam muka bagai..nak kuat lentang bagai.

Perut dah lapar barulah nampak muka kakak dan abang datang. Kalau tidak entah mana-mana lah mereka berdua pergi mandi. sampai terbakar kulit.. sampai merah-merah mata.

Puas hati sangat anak-anak seharian berada di Bangi Wonderland Theme Park and Resort ni. Siap esoknya nak datang lagi.. Amboii,..yealah kita akan datang lagi ke sini. Cuti sekolah masih panjangkan..

Bangi Wonderland Themepark & Resort

Bangi Avenue Water Theme Park, Jalan 1, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Kajang 43000

Website : http://www.bangiwonderland.com.my/

Facebook : bangiwonderlandwaterpark

IG : officialbangiwonderland/

 

 

About emarieys

Ema has written 1064 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). ‘s’ di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Promosi Cuti Sekolah Showcase Gempak Giler Di Bangi Wonderland Theme Park & Resort”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge