Baik Buruk Join Kelab Kereta

 

Kelab-Kelab Kereta yang ada di Malaysia. Antaranya Kelab Proton Wira, Kelab Proton Exora, Myvi Club, Kelab Viva, Kelab Caldina dan macam-macam nama kelab yang kebanyakkan ikut jenama kereta. Kelab basikal ada tak? Hehehehe.

Sejak join kelab proton exora macam-macam aktiviti jugalah melibatkan diri. Not me lah, but Mr. Ery ni. First join, masa ada Gathering besar-besaran di Shah Alam tahun lepas. Masa ini, aku tak ada, sebab outstation. Memang hebat-hebatlah kereta diaorang ni, sampai aku terfikir beli kereta nak pakai atau beli kereta nak deko-deko. Macam manalah boleh lepas dengan JPJ yer. Memang fanatik sungguh.

Urban Crew

Kelab Proton Exora ini pun ada banyak kumpulannya. Kumpulan dibahagikan mengikut kawasan atau daerahlah. Macam kawasan aku Urban Crew namanya. Bila dah zaman teknologi ni, setiap masa akan berbunyilah handphone Mr.Ery ada whatsapp dihantar. Dan aku pernah terkena sekali, tetiba ada orang snap gambar belakang kereta dan hantar ke whatsapp group siap dengan pesanan “lajunya kereta di depan ni”. Mr ery pun tunjuklah whatsapp tu dan tanya mana aku pergi sebab yang pastinya memang wife dialah yang selalu bawa. Bila aku perhatikan tempat yang mereka snap, tahulah aku diaorang snap gambar masa aku pecut nak ambil si Aqeel balik sekolah. Amboii, terus di report dalam group. BAHAYA ni!!!.

Kelab Proton Exora

 

Yang baiknya adalah senang nak minta tolong bila ada kecemasan. Ada salah seorang member kumpulan ini keretanya pecah tayar masa dalam perjalanan balik ke Kelantan. Berlaku pula di kawasan yang agak sunyi. Sekali bila dimaklum dalam group whatsapp, ada yang datang menolong. Alhamdulillah, walaupun mungkin bukan dari kumpulan yang sama.

Bila join kelab kereta, perlulah komitmen untuk aktifkan diri. Semuanya Mr.Ery yang pergi setakat ini maklumlah mak buyung nak ikut dah tak larat biarpun hanya berkumpul di Restoran Riang Ria yang menjadi port mereka. Hujung bulan dua nanti ada family day, tak tahu dapat join ke tak?

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

22 Comment

  1. Setakat ini belum pernah lagi join mana-mana kelab kereta… Bila baca entri ini, barulah tahu kebaikan menyertai Kelab kereta… 😉
    Anuar recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    1. bolehlah join mana-mana kelab nanti.. banyak kelebihannya.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  2. Satu yg akak mmg kagum dgn geng kelab kereta ni ialah dia punya fellowship tu. Mmg mcm ema ckp la. Senang nak mintak tolong.
    LydSunshine recently posted…Aku Pun Pernah Obsessed!My Profile

    1. betul tu kak..walaupun dari group lain tapi satu kelab kereta..kita mudah dapat pertolongan.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  3. saya memang tak pernah tahu fungsi kelab kereta ni. tq for info ya
    Raihanah Ahmad recently posted…Penjagaan Kulit Dengan NutriwhiteMy Profile

  4. bila ada network, boleh minta tolong kalau ada kecemasan.
    Ikhwan Fahmi recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  5. Paling best bila dapat lihat kereta-kereta lama tersusun yang dimodified jadi cantik

    1. itu kelab kereta antik agaknya.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  6. haaaaa
    join tu join
    pi berjumpanya tak pernah lagi
    hehehehehehehe
    mmg kalau join banyak aktiviti yang ada
    larat tak larat la nak layan komitmen kan!
    tapi kalau join
    biasanya banyak baik dari tak baik
    ellynadyra recently posted…futsal kain pelikatMy Profile

    1. ema pun suami yang selalu pergi jumpa setiap minggu…ema tak pernah lagi keluar pun…
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  7. banyak kelebihan join grup mcm ni… ade networking
    Manan Qayyim recently posted…Planning Your Business, Turning Ideas Into Actionable Steps.My Profile

  8. ada org suka je deko2 kete. Biar berhabis kat kete drpd tmpt lain. Tp deko lbh2 pn ssh jgk.
    sal ya recently posted…~ WW #104 ~ Dugaan 2015.My Profile

    1. bab kete memang di makeup habis.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  9. Suami saya pun join kelab kereta ni. Best juga aktivitinya. Bukan setakat family day malah ada buat aktiviti kebajikan juga contoh yang baru-baru ni buat misi bantuan banjir. Kita yang ahli keluarga ni join pun ada ramai kawan-kawan dari golongan suami peminat kelab kereta yang sama . 🙂
    emalinmohd recently posted…Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00My Profile

  10. memang malas dah nak join.

    haha..
    titan recently posted…15 sebab mengapa website LetsMasak ini menarik dan SEKSI.My Profile

    1. malas sebab bro titan memang sibuk orangnya.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  11. sama aktifnya dgn kelab motor juga ni . mcm2 aktiviti ada … sesuai utk org bujang …
    Cetusan Minda recently posted…Pengajaran Kepada PeniagaMy Profile

    1. yang motor jer tak join..kalau tak memang sah tak lekat kat rumah nanti.
      emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  12. Betul, bila ada group ni, kita ada support, cam adik-beradik sama-sama membantu. 😀
    Shaima recently posted…Bila Budak Comel Declare Budak Tu Laki DiaMy Profile

  13. banyak kenal kawan baru dalam kelab kereta.
    ikhwan recently posted…Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di AshadeeMy Profile

  14. yea, bila ada kesusahan..cepat dapat diselesaikan.
    emarieys recently posted…Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club MalaysiaMy Profile

  15. pd pandangan saya.. kelab kereta ni ada baik dan buruknya.. cuma terletak pada kite yg mencorakkan nya.. positif dan negetit depend pada kite..

Leave a Reply

CommentLuv badge