Apa yang best sangat produk cosmoderm ni.. Bestlah..memang best dan sangat best. Macam mana nak describe erkh.. Korang cubalah yea, baru tahu. MamaEma memang pakai pencuci muka dari cosmoderm lah…tapi tak pernah share kat sini.

Kali ini MamaEma nak share dengan korang. Cosmoderm juga sebagai sponsor di Hari Keluarga KBBA9 tau. Pihak Cosmoderm bermurah hati dengan memberikan setiap blogger satu travel pack produk Cosmoderm. Dalamnya ada Vitamin E Cream, Tea Tree Oil Magic Lotion dan Advanced Moisture Gel. Ditambah lagi dengan BB Cream dan Shower Gel. Oh seronoknya dapat extra.

 

Yeah, pencuci muka dah ada teman.

Travel Pack Cosmoderm

Vitamin E Cream 3,000 I.U

  • Sesuai Sesuai untuk kulit normal & kombinasi. Pelembap berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk melindungi dan menyihatkan kulit dari anti-penuaan dan pemudaran parut.
  • Berkesan dalam memulihkan semua jenis kulit kering dan rosak, pudarkan parut jerawat, pembedahan dan kemalangan.
  • Mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam.
  • Melindungi dan menyihatkan kulti wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas dan sejuk.

Advance Moisture Therapy Cream

  • Sesuai untuk tumit merekah dan tangan kering.
  • Melembutkan kulit kasar dan keras.
  • Meredakan kepedihan oleh rekahan.
  • Krim yang pekat dan kaya dengan khasiat tanpa berminyak.

Tea Tree Oil Magic Body Lotion

  • Sesuai untuk badan berjerawat dan bau badan.
  • Bantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman.
  • Melegakan gigitan serangga, pepijat dan ruam-ruam.
  • Sebagai deodorant asli dengan anti bau badan.

Set Travel ini juga banyak digunakan oleh para jemaah haji dan umrah. Ia dikenali juga sebagai Set Umrah dan Haji untuk ketenangan fikiran. Cuaca di sana berbeza dengan cuaca kita di Malaysia kan.

BB Cream yang MamaEma dapat extra produk Cosmoderm ni pula adalah krim pelembap 5 in 1. Sebagai pelembap + Bedak Asas + Tabir Suria + Kawal Minyak + Anti Jerawat.

  • Mudah diguna untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap.
  • Perlindungan tabir suria sinaran UVA dan UVB yang tahan lama.
  • Membantu mengurangkan dan mengawal minyak.
  • Didapati dalam tiga tona warna – Nude (tiada warna – sesuai untuk lelaki dan wanita), Natural Pink/ Putih Merah dan Natural Beige/ Kuning Langsat

Penggunaan BB Cream:
Dengan menggunakan hujung jari anda, sapukan pada wajah. Ratakan ke seluruh wajah anda.

Hilang Kesan Gatal Pada Kulit Ayra

Korang dah baca pasal kulit ayra naik biji-biji hari bertolak ke Cherating tu kan. MamaEma tak dapat tidur semalaman..Letak Ayra atas katil dia nangis, nak didukung sepanjang malam..last-last tertidur sambil dukung Ayra..sambil duduk di sofa. Fuhh, mata panda lah pagi esoknya.

 

 

Dapat tidur pun selepas MamaEma cuba sapukan kulit Ayra dengan Tea Tree Oil Magic Body Lotion dan  Advance Moisture Therapy Cream. Itupun jenuh dia tak kasi MamaEma sentuh tempat gatal-gatal tu..Apalagi nak sentuh, nak tengok pun dia tak kasi… Paksa juga untuk sapu. Alhamdulillah, tak menggaru lagi. Esok kalau tak sembuh juga, MamaEma bawa Ayra ke klinik.  Selepas tu, dapatlah lelapkan mata. Esok pagi bila tengok kulit Ayra, masih ada biji-biji tu..cuma tak kemerahan dan Ayra pun dah tak menggaru. Eh, menjadilah. Terus MamaEma sapu sampailah biji gatal tu hilang.. 2 hari jea sapu..hilang terus biji gatal.

 

Mudah dibawa ke mana-mana dengan adanya Set Travel ini

 

MamaEma suka pakai Advance Moisture Therapy Cream sebab masalah MamaEma sekarang kulit tangan sangat kasar gara-gara sabun pencuci. Ermm, entah bilalah akan jumpa sabun pencuci pinggan yang jeniis tak makan tangan ni.

Korang patut ada tau produk cosmoderm ini kat rumah. Memang MamaEma sarankan sangat. Yang utama produk ini HALAL. Korang boleh pergi ke laman web Cosmosderm untuk lebih mengetahui produk-produk yang lain… harganya pun di situ.

 

Web:  www.cosmoderm.com.my atau facebook : www.facebook.com/Cosmoderm

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Apa Yang Best Sangat Produk Cosmoderm Ni.”

  1. sy adalah pengguna cosmoderm jugak..hehe..mmg best dan sangat mujarab pakai cosmoderm, n lagi best xde kesan sampingan pada kulit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge