Ayra Sufia kena rujuk ke pakar sebab lambat bercakap. Sehingga sekarang, tak boleh cakap suku kata nama lagi. Doktor KKIA suggest rujuk ke Hospital Kuala Lumpur, tapi MamaEma minta ke PPUM. 29 September appointment di Paeds Clinic, PPUM.

Risau Anak Lambat Bercakap

Risau? Memang risau, tapi rata-rata MamaEma tanya orang tak perlu risau sangat. Ada di antara mereka, anak diaorang pun ada yang lambat bercakap. Ada sehingga 4 tahun pun cakap tak lancar.

Okey, Ayra ini bukan tidak faham apa yang disuruh dan apa yang diminta buat. Semua boleh faham. Minta buang sampah, dia pergi buang dalam plastik sampah…Minta ambilkan handphone, dia pergi ambilkan…Suruh mandi… time tak nak mandi..dia akan cakap “mmnakkk” sambil giling kepala.

Sekarang, ayat yang dia sebutkan macam mama disebut “ma”..ayah sebut “yah”.. abang disebut “bang”..Keluar sebut “waa”..Handphone sebut “ponn”..semua diambil yang hujung perkataan saja.. Sebutan paling penuh buat masa ini adalah “air”.

Sebab Ayra tak boleh sebut dua patah kata nama sepeti “nak air”. “nak makan”..dia kena dirujuk ke pakar. Misi di KKIA tanya ‘Habis, kalau dia nak apa-apa..macam mana dia minta”..MamaEma cakap dia akan panggil orang dan tunjuk apa yang dia nak..misalnya bila semua tengah makan nasi, kalau dia nak dia ikut sekali..kalau dia tak nak, kita ajak makan dia akan cakap “mmtnak”.

Misi tanya lagi ” Anak suka bersendirian tak?”. Setakat hari ini, tak ada bersendirian pun.. Ada masa kakak dan abang melukis ke apa..dia pun sibuk nak join sekali… ada masa kakak dan abang buka buku, dia pun cari buku juga..

Umur Ayra sekarang 2 tahun 3 bulan. So, pendapat korang.. adakah perkara ini biasa?

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

9 thoughts on “Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke Pakar”

  1. Biasa pihak kelinik akan pantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.. Sebab tu ada buku temujanji dengan pihak klinik.. Dalam buku tu dah ada jadual… Umur sekian-sekian perlu pandai apa… Umur sekian-sekian perlu ada berat badan berapa… Anak-anak saya biasanya datang temujanji ke klinik dengan Dr. Pakar sebab tak cukup berat badan….
    Untuk kes anak puan ni, Tak per… Pergi jer… Biar Doktor Pakar Cek apa msalahnya..
    Anuar recently posted…Peluang buat duit online menerusi Laman Web Visondata dengan tawaran komisyen Affiliate sehingga 3 LevelMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge