Bila Anak Hilang Dari Pandangan Mata Di Bazar Ramadhan

Anak Hilang Di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum. Sungguh cemas. Tak dapat bayangkan masa berlaku hari tu. Cuak habis. Terus tersentak bila tak nampak anak depan mata di tempat orang yang sesak. Lebih-lebih lagi anak si kecil Ayra ni.. Maafkan mama, agak terleka sedikit. Kisahnya, hari rabu lepas pergi ke Putrajaya untuk berbuka puasa di Dataran Perbadanan Putrajaya.

Bazar Ramadhan Putrajaya memang sesak sangat orang. sampai tak tahu nak beli makanan apa untuk berbuka puasa. Tapi di bazar ramadhan, Ayra Sufia memang sentiasa di dukung. Tak ada ruang langsung untuk bagi dia jalan berpimpin tangan. Selesai membeli di bazar, pergi ke meja yang dah di booked di depan gerai buah-buahan dekat dengan jalan menuju ke masjid.

 

Di sinilah tempat berbuka kami

 

Bazar Ramadhan Putrajaya

Sambil menunggu waktu untuk berbuka, masa itu Ayra bermain-main dekat dengan meja makan. Ayahnya, bangun nak pergi order air, time tu lah Ayra mengekor ayahnya..tapi ayahnya tak tahu pun. Sampailah, ayahnya datang bawa air dan tanya “Ayra mana”. Terus bangun pergi cari… Dalam kepala tempat pertama yang aim “kolam”. Yea, ada kolam di tengah-tengah kawasan gerai-gerai ni. Ayra tak ada di situ. Melilau mata mencari, nampak kelibat dia di celah-celah orang lalu lalang sambil menyebut “yah”. panggilan untuk ayahnnya…Ya Allah, syukur sangat..

Selepas ini mama kena berhati-hati. Dulu, Ayra agak takut untuk berjalan dengan keadaan ramai orang, tapi sekarang kena beri perhatian lebih pada dia selepas ini.

 

Barisan food truck di belakang

 

Tahun lepas pun ada berbuka di sini juga. Tahun ini, nampak lebih meriah. Selain bazar ramadhan, ada juga barisan food truck. Meriahnya bazar ramadhan putrajaya ini, bila korang akan nampak nama setiap gerai-gerai nya macam-macam untuk tarikan. MamaEma sempat beli nasi kerabu di gerai Nasi Kerabu Mek di sana. Sedap. Air pula beli air tebu…pun sedap manis letim. Yang susah nak jumpa, gerai kuih-muih. Entahlah, mungkin sebab MamaEma tak perasan ke tempat terlalu sesak. Yang banyak orang berniaga, nasi lauk pauk.. harga? mahal sikit dari bazar ramadhan yang MamaEma pergi dekat dengan rumah.

 

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. TK says:

    Kadang2 memang kita mak bapak ni terleka sikit…
    TK recently posted…Doa 30 Hari Puasa Ramadhan – Hari ke 18My Profile

  2. Sebab tu skang ni extra hati2 bila bawa anak2 kuar..
    Munirah Izzan recently posted…Baju Raya : Online Atau Walk In?My Profile

  3. Anuar says:

    Fuh… Nasib baik kan?
    Mujur jumpa… Saya pun pernah juga terjumpa macam ni…
    Lepas ni kena lebih berhati2…
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

  4. Lyafrina says:

    Adeh. Main tmpat ramaiĀ² gtu mmg cuak buatnya. Kdg kt dh sehabis elok jaga, sekelip mata tlps pndang trs hilang.. Tp mujur lah.. Dia ikut j abah dia.. X merayap ke lain.
    Lyafrina recently posted…Penghujung Ramadhan & Salam AidilfitriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge