ALLAHUAKBAR, Semoga Perkara Yang Berlaku Hari Ini Berterusan, Indahnya Rezeki Yang Kau Beri

ALLAHUAKBAR … Allah Maha Besar… Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk bekerja hari ini dan ramai yang sambung cuti. Esok kembali cuti hari wilayah.

 

Hari Lahir Suami

30 Januari semalam hari lahir suami mamaema. Selamat hari lahir suami. Tiada hadiah, tiada kek, tiada majlis. Cuma dititipkan doa untuk suami semoga dimurahkan rezeki dalam bisnes bundle, dipanjangkan umur, diberkati, disayangi dan menyayangi.

 

 

Rezeki tidak datang bergolek, tapi datang tidak disangka.

Sebab tak ada hadiah, tak ada kek dan tak ada majlis, mamaema nak belanja Mr.Ery makan di Abah & Son. Di Abah & Son, terserempak dengan dua keluarga dari Geng UC. Duduk satu meja dengan mereka lagipun meja tak ada kosong. Full house Abah & Son malam tu. Rezeki malam hari lahir mr.Ery dari mamaema nak belanja, ada orang lain yang dah bayarkan dulu. Terima kasih.

 

Datang rezeki lain hari ini.

Indahnya hari ini, rasa macam lain sangat. Otak selalu berfikir. Apa yang aku nak buat lagi..untuk cari side income sendiri… selain ada OT, jual Foundation C3, jual tudung, jual baju. Bukan tidak mensyukuri dengan gaji yang diterima, gaji yang diterima dengan perbelanjaan yang keluar, untuk menyimpan itu amat sulit sekali. Pagi tadi, sebab malas nak cucuk ATM, minta duit RM20 dengan Mr.Ery untuk isi petrol. Sebelum pergi kerja, hantar anak ke rumah pengasuh, pergi beli nasi lemak untuk Kakak dan Abang. Tengah jalan kaki balik rumah, terjumpa RM20 tepi jalan. Masa pergi tak nampak, masa balik boleh nampak. Mamaema ambil duit RM20 tu…nak pass kat Mr. Ery balik nanti, bukan untuk ganti duit tau tapi nak masukkan ke tabung surau.

 

Terima emel rezeki pagi ini.

Datang kerja hari ini pejabat sunyi sepi. Kat bahagian mamaema cuma ada 3 pegawai saja. Yang lain masih sambung cuti. Buat penggilan untuk feedback peserta bengkel minggu depan ramai yang tak berjawab. Syukur Alhamdulillah, otak tengah fikir macam-macam nak buat side income, terima emel dari agensi untuk collaborate dengan syarikatnya. Jika ada rezeki InshaALLAH rezeki akan berpihak pada mamaema. Doakan untuk mamaema yer korang.

Selamat bercuti, selamat kembali bertugas yer..Sambung kerja dulu..Assalamualaikum.

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. anuar says:

    Alhamdulillah..
    Semoga murah rezeki Mamaema sekeluarga..
    anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge